Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yah] | ايه

Definisi : (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua; berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semen­jak kecil lagi; ~ kpd menyebut (menganggap) ayah kpd; berayahkan mempunyai (seseorang yg di­nyata­kan) sbg ayah: ~ seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru; keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, keba­paan: sememangnya dia mempunyai naluri ~ yg cukup tajam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : amah, pengasuh (orang India). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : orang lelaki pasangan ibu; bapa: ~ bonda ibu bapa. berayah mempunyai ayah; berbapa. berayahkan mempunyai seseorang sbg ayah; berbapakan: Adli bangga ~ seorang anggota tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayah

Puisi
 

Zaman ayah mudik ke hulu,
     Hendak gunting bunga delima;
Zaman ayah menganyam nyiru,
     Angkit dua tindih lima.


Lihat selanjutnya...(14)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mangkong[mAN.koNkata namasejenis tukul daripada kayu.Ayah tampal perahu boco dengan mangkong.[A.jAh tAm.pAl p«.ÄA.hu bo.tSo d«.NAn mAN.koN]Ayah menampal perahunya yang bocor dengan menggunakan mangkung.
memeto[m«.me.t]kata kerjabercakap dengan kuat serta marah-marah.Bile ayah memeto kecot perot dibuwatnye.[bi.l« A.jAh m«.me.t k«.tSot p«.Äot di.bu.wAt.ø«]Apabila ayah sedang marah-marah takut kita dibuatnya.
lonsen[lon.sen]kata kerjapukul atau sebat dengan rotan dan lain-lain.Ayah lonsen si Mamat tu sampai bilai, dah nakal sangat.[A.jAh lon.sen si mA.mAt tu sAm.pAj bi.lAj dAh nA.kAl sA.NAt]Ayah memukul si Mamat itu hingga bilai kerana terlalu nakal.

Kembali ke atas