Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yah] | ايه

Definisi : (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua; berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semen­jak kecil lagi; ~ kpd menyebut (menganggap) ayah kpd; berayahkan mempunyai (seseorang yg di­nyata­kan) sbg ayah: ~ seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru; keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, keba­paan: sememangnya dia mempunyai naluri ~ yg cukup tajam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : amah, pengasuh (orang India). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : orang lelaki pasangan ibu; bapa: ~ bonda ibu bapa. berayah mempunyai ayah; berbapa. berayahkan mempunyai seseorang sbg ayah; berbapakan: Adli bangga ~ seorang anggota tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayah

Puisi
 

Zaman ayah mudik ke hulu,
     Hendak gunting bunga delima;
Zaman ayah menganyam nyiru,
     Angkit dua tindih lima.


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: Siapakah yang membakar sampah itu? Jawapan 1: Yang membakar sampah itu ialah ayah. Jawapan 2:Ayah yang membakar sampah itu. Manakah satukah jawapan yang betul. Terima kasih.Yang membakar sampah itu ialah ayah. Ayah yang membakar sampah itu. Kedua-dua jawapan ini betul.

Tatabahasa24.06.2015
Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar?Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar?

Kata'ayah' ialah kata nama am hidup manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6 - Kata nama.
Tatabahasa15.01.2013
berjoging bersama-sama dengan ayah. berjoging bersama-sama ayah. berjoging bersama dengan ayah. ayat yang mana satu betul?terima kasih atas bantuanAyat yang betul ialah berjoging bersama-sama ayahTatabahasa07.03.2019
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul?Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa02.05.2012
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa15.03.2012
assalam, di sini saya ada sedikit kekeliruan, mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan: cth: Ayah Salima or ayah Salima perkataan 'ayah' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil? contoh lain: abang Daniel (abang kepada Daniel) abang Daniel (panggilan untuk seorang abang) perkataan 'abang' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil?Jika perkataan ayah dan abang berada dalam ayat dituis dengan huruf kecil seperti Ali sangat menghormati keperibadian ayah Ahmad.Tatabahasa30.07.2015
Sila tanya. Ayat yang manakah betul? Ayah seorang polis. atau Ayah ialah seorang polis. atau Ayah adalah seorang polis. Terima kasih.Tuan,

Memadai sekiranya ditulis "Ayah seorang polis" sahaja.

Terima kasih.
Tatabahasa15.02.2016
Selamat sejahtera encik/puan, 1. Ayah suka minum kopi o. 2. Ayah suka minum milo. 3. Ayah suka minum kopi o beng. 4. Ayah suka minum milo beng. Adakah 4 ayat tersebut betul? Perlukah 4 nama minuman tersebut ditulis dengan huruf besar? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
  1. Ayah suka minum kopi O.
  2. Ayah suka minum kopi.
  3. Ayah suka minum milo O.
  4. Ayah suka minum milo.




1. A
Ejaan16.07.2023
Salam sejahtera. Adakah ayat pasif berikut betul? 1. Saya diberi ayah sebuah basikal. 2. Saya diberi sebuah basikal oleh ayah. 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya. 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Ayat pasif yang betul ialah 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya dan 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Tatabahasa18.04.2020
Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. dipasifkan menjadi Kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah saya. tau Kedatangan biras ayah dari Sabah disambut olehnya'Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah' dipasifkan menjadi 'Kedatangan biras ayah yang baru tiba dari Sabah disambut olehnya'Tatabahasa09.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas