Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yah] | ايه

Definisi : (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua; berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semen­jak kecil lagi; ~ kpd menyebut (menganggap) ayah kpd; berayahkan mempunyai (seseorang yg di­nyata­kan) sbg ayah: ~ seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru; keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, keba­paan: sememangnya dia mempunyai naluri ~ yg cukup tajam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : amah, pengasuh (orang India). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : orang lelaki pasangan ibu; bapa: ~ bonda ibu bapa. berayah mempunyai ayah; berbapa. berayahkan mempunyai seseorang sbg ayah; berbapakan: Adli bangga ~ seorang anggota tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayah

Puisi
 

Zaman ayah mudik ke hulu,
     Hendak gunting bunga delima;
Zaman ayah menganyam nyiru,
     Angkit dua tindih lima.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Zaman ayah mudik ke hulu, Main makan buah bahulu; Zaman ayah menganyam dahulu, Akar tua pilih dulu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Zaman ayah mudik ke hulu, Hendak gunting bunga delima; Zaman ayah menganyam nyiru, Angkit dua tindih lima.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Patuh Melayu kepada ayah, Zuriatnya turun kepada anak; Senonoh laku membawa tuah, Sifat penyantun maruahnya tegak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah.Pantun Melayu SarawakAgama
Cempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Gugur jadi tanah, Tumbuh jadi tebu; Duduk dalam rumah, Tolong ayah ibu.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Petik bunga serumpun, Serumpun rumput kuda; Patik mohon ampun, Ampun ayah bonda.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Orang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Adik melangkah payah, Dari detik ke sedetik; Taat kepada ibu dan ayah, Adik cerdik rupa pun cantik.Pantun Melayu SarawakUmum
123

Kembali ke atas