Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayahku


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sportingbp berfikiran terbuka dan memenuhi kehendak seseorang: ayahku memang rasional dan ~ orangnya; sikap ~ ibu bapa terhadap anak-anak adalah keterlaluan sehingga pelibatan mereka dgn dadah tidak dipedulikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
seberang1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan dgn: rumahnya di ~ rumah saya; berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), meng­harung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang; terseberang 1. sudah diseberangkan (di­seberangi); 2. terlepas drpd, terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita; keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang; penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll); 2. tempat me­nyeberang (di sungai, jalan raya, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
larut I1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2. telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam; berlarut-larut berpanjang-panjang (perbual­an dll), melarat-larat: selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam; berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan: per­kara itu dijadikan sbg satu isu utk ~ per­debatan; kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak mengikut mestinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyanggupi1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg berani ~ cabaran itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
penaki(orang yg) suka bertaki (berbahas, bertengkar): aku tidak berani menerang­kannya lebih panjang lagi kerana ayahku itu ~ orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
membesarkan1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
taki Ibertaki berbantah, berbahas, ber­teng­kar: kadang-kadang sampai merah muka aku ~ dgn kawanku akan sesuatu hal yg tidak aku setujui; menaki menentang, membantah; penaki (orang yg) suka bertaki (berbahas, bertengkar): aku tidak berani menerang­kannya lebih panjang lagi kerana ayahku itu ~ orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
suka1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkan­nya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (ke­mahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalah­majalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) seke­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergem­bira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga me­ngarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, meng­gembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (di­sayangi, dicintai, dikehendaki).Kamus Dewan Edisi Keempat
sanggup1. bersedia (utk melakukan sesuatu dll), rela, sudi: tiada siapa yg ~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; 2. boleh atau mampu (melakukan sesuatu): bahasa Melayu ~ meng-ambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; pak ~ a) lelaki yg mengahwini perempuan yg sedang hamil (tetapi bukan dia yg menyebabkan kehamilan itu); b) cina buta; menyanggup sanggup melakukan sesuatu: janganlah kamu ~ saja; menyanggupi 1. menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai: demikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula; 2. menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu): tidak seorang pun yg berani ~ cabaran itu; kesanggupan 1. kesediaan (kerelaan dll) utk melakukan sesuatu: kalau ada ~ berun-ding, maka ada harapan baik utk menyelesai-kannya dgn damai; 2. kebolehan, kemam-puan: kaum wanita juga mempunyai ~ utk memegang jawatan sbg penyelia itu; berkesanggupan mempunyai (menunjuk­kan) kesanggupan, sanggup: pelajar di sekolah menengah sudah ~ utk menerima peng­ajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yg dipelajarinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempat1. sesuatu yg digunakan utk menaruh (menadah, menyimpan, dll), bekas, wadah: ~ habuk rokok; ~ bara; 2. ruang (kawasan dll) utk melakukan sesuatu: percakapan terhenti hingga itu, masing-masing berdiri mencari ~ sujud; 3. ruang dll yg digunakan utk me­nyim­pan (menaruh) sesuatu: ia pun terus menanggalkan tuala yg dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya; 4. kawasan (ruang, rumah, dll) yg didiami, kawasan dll di mana terdapat sesuatu: rumahnya itu rumah batu, bangunannya spt ~ berhala Cina; 5. bahagian yg tertentu drpd sesuatu: ~ pemegangnya boleh dibalut dgn getah tiub; 6. kawasan yg tertentu, daerah, kampung, negeri: ayahku tidak duduk di ~ itu; ia kembali ke ~ lahirnya; 7. orang yg jadi lawan bercakap, orang yg jadi tujuan utk bertanya dll, orang yg diserahi keperca­yaan: orang tua itulah ~ kami bertanya; 8. kedudukan (yg sewajarnya), keadaan, letak (sesuatu): dia mendapat ~ yg baik di kementerian itu; ~nya dlm perusahaan itu telah diambil oleh orang lain; aspek bahasa perlu diberi ~;~ asal kawasan (negeri, kampung) dr mana seseorang itu berasal; ~ hantu bermain = ~ jin bertendang ki kawasan yg tidak didiami orang (jauh drpd orang); ~ kediaman (tinggal) kawasan (rumah) yg didiami (orang); ~ ludah perludahan, ketur, tempolong; ~ parkir Id tempat menyimpan kereta; ~ peranginan tempat orang bertemasya (berehat); ~ tumpah darah negeri (kampung) tempat orang itu dilahirkan; ~ berpijak sudah terban, ~ ber-gantung sudah putus prb kehilangan orang tempat menumpangkan hidup; setempat 1. satu tempat sahaja; 2. = setem-pat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;menyetempatkan 1. meletakkan (mengum­pulkan dll) di satu tempat sahaja, tidak mem-biarkan berselerakan; 2. mengurung dll supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar, dll); bertempat 1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ..., berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2 April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya, keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~; bertempat-tempat sesuai dgn hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh; menempat berada, terletak: perkara yg ~ di hati; menempati 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di ...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark, sl menjadi tempat, memberi tempat pd; menempatkan 1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ kedua-dua tapak tangan­nya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~ wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki mem-berikan tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya dlm ~ Sejarah Melayu sbg roman sejarah yg baik; tempatan yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; petempatan kawasan yg baru dibuka utk didiami orang;penempatan perihal menempati atau menem-patkan: kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yg pindah dr kampung-kampung yg jauh terpencil; ~ kedai-kedai runcit yg besar di pusat membeli-belah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas