Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayahnya

Puisi
 

Seladang mati di padang,
     Mati dipanah raja bestari;
Kalau ada anak perempuan,
     Kalau pinang ayahnya tak beri.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: Walaupun tahu akan bahayanya tindakan itu, namun Azmi tidak mendengarkan ayahnya. Soalan: "Mendengarkan ayahnya", betulkah penggunaan mendengarkan di sini? Atau mendengarkan semestinya diikuti perkataan seperti nasihat, kata-kata dsb.Ayat yang betul ialah "Walaupun tahu bahayanya tindakan itu, namun Azmi tidak mendengar nasihat ayahnya."Tatabahasa31.10.2013
1. Budak nakal itu memohon maaf kepada ayahnya atas kesalahan yang dilakukannya. ( atau ) Budak nakal itu memohon maaf daripada ayahnya atas kesalahan yang dilakukan. Sila tanya ayat yang mana lebih tepat. terima kasih
Ayat yang betul ialah “Budak nakal itu memohon maaf kepada ayahnya atas kesalahan yang dilakukannya.”


Tatabahasa27.11.2022
Salam sejahtera, Adakah kedua-dua ayat di bawah juga betul? Ali kenal benar akan lelaki yang sedang berbual-bual dengan ayahnya. Ali kenal amat akan lelaki yang berbual-bual dengan ayahnya. sekian.Kedua-dua ayat adalah salah. Ayat yang betul ialah: 1.  Ali amat mengenali lelaki yang berbual dengan ayahnya. 2.  Ali benar-benar mengenali lelaki yang sedang berbual-bual dengan ayahnya.Tatabahasa11.01.2012
Motosikal ayahnya dibonceng oleh Sim Kee ke sekolah pada setiap hari. Adakah betul penggunaan ayat tersebut? Terima kasih.Motosikal ayahnya dibonceng oleh Sim Kee ke sekolah pada setiap hari. Ayat tersebut betul.Lain-lain28.05.2020
Balqis menyiapkan kerja sekolah sementara menunggu ayahnya tibaBalqis menyiapkan kerja sekolahnya sementara menunggu ayahnya tiba.  Tatabahasa13.05.2019
Ali ingin mengikut______________ ayahnya menjadi seorang penulis. a) jejak jari b) jejak langkahAli ingin mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang penulis. Tatabahasa04.10.2011
Adakah ayat- ayat di bawah betul? 1) Ali ingin mengetahui keberadaan ayahnya selama ini. 2) Ali inginmengetahui tempat ayahnya berada selama ini.Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya kerana mempunyai maksud yang sama.Istilah30.06.2014
"Peraturan lampu isyarat sentiasa ayahnya patuhi." Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Peraturan lampu isyarat sentiasa dipatuhi oleh ayahnya.
2. Ayah sentiasa mematuhi peraturan lampu isyarat.

Tatabahasa15.11.2023
Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya. penggunaan "sekali "dalam atay ini betul atau salah.Ayat "Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa29.01.2013
Angamah --------- setelah mendapat berita kematian ayahnya. a. terkelu b. terkedu c.terkilan d. tergamam Yg mana satukah yg betul?Angamah tergamam setelah mendapat berita kematian ayahnya.Tatabahasa14.05.2008
123456

Kembali ke atas