Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayahnya

Puisi
 

Seladang mati di padang,
     Mati dipanah raja bestari;
Kalau ada anak perempuan,
     Kalau pinang ayahnya tak beri.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anagnorisisanagnorisisKesenianDrama dan TeaterKesedaran sesuatu watak dalam drama atau teater yang memperlihatkan perubahan daripada sifat tidak peduli kepada sifat prihatin. Contohnya, dalam drama bertajuk Oedipus Rexkarya Sophocles, anagnorisis berlaku apabila Oedipus mengetahui dia telah membunuh ayahnya sendiri, iaitu Laius. Anagnorisis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘kesedaran’.
anagnorisisanagnorisisKesusasteraanTiadaKesedaran seseorang watak, biasanya protagonis, mengenai sesuatu yang boleh menyebabkan perubahan kepada aksi, situasi, atau nasib watak tersebut. Contohnya, dalam drama bertajuk Oedipus Rex karya Sophocles, kesedaran berlaku apabila Oedipus mengetahui dia telah membunuh ayahnya sendiri, Laitus. Anagnorisis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �kesedaran�.
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams.

Kembali ke atas