Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yam] | ايم

Definisi : sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus annularis; ~ laut, Abalistes spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yam] | ايم

Definisi : beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngakah[N:A.kAh]kata kerjamencakar-cakar dan mengorek-ngorek (berkenaan ayam yang ingin bertelur), mengais.Aye tu dok ngakah kokse pasa nok telo.[A.jE tu do/ N:A.kAh k/.se pA.sA n/ t:«.l]Ayam tu mengais tak tentu hala kerana nak bertelur.
perak[p«.ÄA/]kata kerjamenyerang atau mencatuk (berkenaan ayam yang mempunyai anak kecil).Jange dok maeng dekak aye tu, nyo perak ko diyo.[dZA.NE do/ m:AeN d«.kA/ A.jE tu ø p«.ÄA/ k di.j]Jangan bermain dekat dengan ayam tu, nanti diserangnya.
bong[bN]kata namagelanggang perlawanan (ayam, lembu, gasing dan lain-lain).Mamak lepah gasing dale bong.[mA.mA/ l«.pAh gA.siN dA.lE bN]Mamat lepas gasingnya dalam gelanggang.
krutuk[kÄu.tu/]kata namasejenis masakan daripada daging/ayam yang bercampur rempah dan dimasak dengan santan sehingga pekat.   
gok II[go/]ata namareban atau kandang.Pete-pete gak, aye itek ambo masok gok slalu.[A.jh mA.mA/ do/ bu.wA/ bA.t di g/]Petang-petang ayam itik saya terus masuk reban.
mepeh[m:E.pEh]kata adjektifhampir rebah, hampir jatuh.Aye tu mepeh lepah keno pekong ko ambo.[A.jE tu m:E.pEh l«.pAh k«.n p«.kN k Am.b]Ayam tu hampir rebah selepas saya membalingnya dengan batu.
   2. hinggap.Burong le tu jak atah pokok, bokte nok ita aye.[bu.ÄoN l:E tu dZ:A)/ A.tAh p.k/ b/.tE n/ i.tA A.jE]Burung helang tu hinggap di atas pokok kerana nak intai ayam.
sewoh[sE.wh]kata kerjamenyambar (berkenaan burung helang).Burong le tu june turong sewoh anok aye pade.[bu.ÄoN l:E tu dZ:u.nE tu.ÄoN sE.wh A.n/ A.jE p:A.dE]Burung helang tu menjunam lalu menyambar anak ayam di padang.

Kembali ke atas