Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yam] | ايم

Definisi : sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus annularis; ~ laut, Abalistes spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yam] | ايم

Definisi : beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
mengeram(bkn ayam, itik, burung dsb) duduk di atas telur utk menghangatkannya sehingga telur menetasKamus Dewan Perdana
eskalopmasakan yg menggunakan kepingan daging ayam, lembu dsb tanpa tulang, yg disalut dgn telur dan serbuk roti, digoreng dan dihidangkan bersama sosKamus Dewan Perdana
mengelakmenghalau binatang peliharaan spt lembu, ayam atau burung masuk ke kandang, reban, atau keluar dr kawasan berpagar dgn cara mengeluarkan bunyi, mengacu dgn ranting dsbKamus Dewan Perdana
eberkulit yg kendur dan melandur di bahagian bawah leher lembu, kerbau dsb, serta bahagian telinga dan dagu ayamKamus Dewan Perdana
ekorbahagian paling hujung pd ikan, cacing, ular dsb, atau bahagian yg bertulang dan menganjur keluar dr tulang punggung haiwan spt lembu dan kerbau, atau bahagian berbulu pelepah yg memanjang atau menegak pd burung, ayam dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas