Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yam] | ايم

Definisi : sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus annularis; ~ laut, Abalistes spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yam] | ايم

Definisi : beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAM ITIK

Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi

mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan

makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan

jenis ternakan yang paling banyak dipelihara.

Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa,

ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis

ternakan ini sangat berharga di negara-negara

tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila

adalah ternakan penting di Perancis, manakala

petani di bahagian timur Eropah pula memelihara

banyak angsa.

UMUM 
AYAM KATIK

Ayam katik ialah sebarang jenis ayam miniatur.

Kebanyakan ayam katik beratnya kurang daripada 0.7

kilogram, tetapi berat ayam jantan beberapa jenis

ayam katik kadangkala sehingga satu kilogram.

Sesetengah jenis ayam katik mempunyai ciri-ciri

tersendiri, tetapi yang lain menyerupai ayam biasa

yang lebih besar.

UMUM 
AYAM MALLEE

Ayam mallee tergolong dalam keluarga burung

yang beratnya menyerupai ayam. Ia hidup di

kawasan separa gurun di Australia, iaitu tempat

pokok renek mallee tumbuh. Ayam mallee

berukuran 550 hingga 700 milimeter panjang dan

beratnya kira-kira dua kilogram. Pada musim sejuk

ayam mallee mengorek lubang di kawasan separa

gurun untuk bertelur. Kemudian ia memasukkan

daun dan rumput sebelum menutupnya dengan

pasir sehingga menjadi seperti busut kecil. Ayam

mallee jantan mengukur suhu busut ini dengan

lidahnya dan menstabilkan suhunya agar bertahan

pada kadar lebih kurang 33 ° C dengan menambah

atau membuang pasir busut itu. Apabila menetas,

anak ayam ini akan berusaha keluar sendiri

daripada busut itu. Ia boleh berlari dan terbang

dalam masa 24 jam selepas menetas dan tidak

dipelihara oleh induknya.

Pengelasan saintifik. Ayam mallee tergolong dalam

famili Megapodiidae. Nama saintifiknya Leipoa ocellata .

UMUM 
AYAM

Ayam ialah burung yang dipelihara untuk daging

dan telurnya. Mungkin terdapat lebih banyak ayam

daripada mana-mana jenis burung lain. Ayam

hidup di seluruh dunia.

UMUM 
AYAM BELANDA

Ayam belanda ialah nama dua spesies burung

Amerika Syarikat yang ada kaitan dengan ayam,

merak, dan kuang bayas. Orang Asli Amerika

menternak ayam belanda sebagai sumber makanan

sejak tahun 1000 M.

UMUM 
SABUNG AYAM

Sabung ayam ialah sukan yang melibatkan

perlagaan dua ekor ayam sabung dalam satu

pertarungan sehingga membawa maut. Sukan

tersebut diharamkan di banyak negara. Namun

begitu, kadangkala ia dijalankan secara rahsia.

Sabung ayam merupakan salah satu sukan awam

yang popular di Sepanyol, Amerika Latin, dan

bahagian-bahagian Asia Timur.

UMUM 
AYAM PRAIRI

Ayam prairi ialah nama dua spesies unggas

Amerika Utara. Unggas ini hidup di dataran

tengah dan dataran barat Amerika Syarikat. Ayam

prairi besar panjangnya lebih kurang 45

sentimeter dan beratnya lebih kurang satu

kilogram. Bulunya coklat kekuning-kuningan dan

putih di bahagian atas, serta dilintangi jaluran

hitam, putih dan berjalur di bawahnya. Kepalanya

berwarna kuning air dengan jaluran perang

coklat. Ayam prairi kecil lebih kecil, iaitu lebih

kurang 40 sentimeter panjang. Bulunya lebih

pucat daripada bulu ayam prairi besar.

UMUM 
PUYUH

Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun

dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse,

ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup

di padang rumput, belukar dan kawasan paya di

setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak

45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya

diburu untuk dimakan.

UMUM 
AYAM HUTAN

Ayam hutan ialah burung liar yang berbadan

sederhana pendek lagi gempal. Walaupun berasal

dari Eropah dan Asia, namun ayam hutan sudah

diperkenalkan secara meluas ke beberapa buah

negeri lain.

UMUM 
LAWI AYAM

LAWI AYAM, senjata pendek yang digunakan untuk menikam atau menghiris. Senjata ini dikenal dengan pelbagai nama seperti kuku ayam, rambai ayam, kerambit ataupun kerambi. Lawi ayam banyak terdapat di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dan Selatan Negara Thai.

BUDAYAAlat/Alatan
1234

Kembali ke atas