Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yam] | ايم

Definisi : sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus annularis; ~ laut, Abalistes spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yam] | ايم

Definisi : beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersabung1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit;Kamus Dewan Edisi Keempat
biring IImerah kekuning-kuningan (bkn bulu ayam); ayam ~ ayam (jantan) yg berbulu biring; ~ sangka naning warna serupa tabuhan (ayam); ~ sikunani Mn sj ayam yg tidak dapat dialahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyadursabung; ayam ~ ayam yg dipelihara utk disabung. bersabung 1 berlaga; beradu: ayam ~ ayam berlaga. 2 se­dang mengadu atau sedang mem­perlagakan (ayam dsb): ~ ayam. 3 ki berlanggar antara satu dgn yg lain; berlawan; bertempur: ombak ~ ombak berlanggaran. 4 ki bertemu (bkn pandangan dll): ~ mata bertemu mata; berpandang-pandangan; saling memandang. menyabung 1 membuat supaya berlaga; mengadu (ayam): Ia asyik ~ ayam dan berjudi saja. 2 ki membuat sesuatu yg membahayakan diri: ~ nyawa menempuh bahaya yg sangat besar. ~ untung a. membuat sesuatu dgn tidak berharap mesti berjaya; ber­serah kpd nasib. b. pergi ke mana-ma­na utk mencari rezeki; membawa nasib. sabung-menyabung saling me­langgar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. sabungan apa-apa yg disabung atau diadukan. persabungan 1 per­buatan atau hal bersabung. 2 tempat menyabung ayam. 3 ki hal bertempur; pertempuran. penyabungan perbuatan (hal dsb) menyabung. penyabung orang yg suka menyabung (ayam).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pupuh; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji). berperang ~ berperang main-main; perang-perangan. berpupuh 1 berlaga atau bersabung (bkn ayam): Ayam itu ~ dgn puyuh. 2 sedang melagakan atau menyabung ayam dll: ~ ayam. memupuh 1 menyabungkan (ayam dll) lama-lama. 2 ki memukul; menghentam. memperpupuhkan menjadikan berpupuh; menyabungkan (ayam yg tidak bertaji).Kamus Pelajar Edisi Kedua
ayam-ayamsj burung yg menyerupai ayam, ayam mei, Gallierex cinerea.Kamus Dewan Edisi Keempat
pupuh; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji); berperang ~ sl latihan berperang (permainan berperang), perang-perangan; kena ~ kena pukul; berpupuh 1. berlaga, bersabung (ayam): maka ~ dua tiga kali pupuh; 2. sedang me­nyabung (ayam): ~ ayam; 3. = ~ bertinju Mn berkelahi pukul-memukul hebat atau kuat; memupuh 1. ark memukul; 2. Mn menya­bung (ayam) lama-lama; dipupuhnya jalan Mn ia berjalan cepat-cepat (tidak berhenti­-henti); dipupuhnya makan Mn ia makan banyak-banyak; dipupuhnya bekerja Mn ia bekerja sekuat-kuatnya; memperpupuhkan menjadikan berpupuh, menyabungkan ayam yg tidak bertaji.Kamus Dewan Edisi Keempat
beroga; ayam ~ ayam hutan; ® ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpupuh1 berlaga atau bersabung (bkn ayam): Ayam itu ~ dgn puyuh. 2 sedang melagakan atau menyabung ayam dll: ~ ayam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sabungadu, laga (ayam, lembu, dll): di gelang-gang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara; ~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas; bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan berjudi saja; 2. ki meng-gadai, mempertaruhkan (nyawa dll): peng-hidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib; sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka ber-bunyilah guruh petir, kilat ~; menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta hendak ~ ayam biring nenek itu; tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa); sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan; persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2. tempat menyabung, gelang-gang; penyabungan perbuatan menyabung; penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam-ayaman1. ayam tiruan (utk per­mainan); 2. ayam-ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas