Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yam] | ايم

Definisi : sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus annularis; ~ laut, Abalistes spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yam] | ايم

Definisi : beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ayam jantanayam jantanKesenianTiadaMotif tekat berunsur makhluk yang mengambil bentuk ayam jantan.
ayam berlagaayam berlagaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk dua ekor ayam jantan bertemu seolah-olah sedang berlaga.
jambul ayamjambul ayamKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk balung ayam, lazimnya terdapat pada tutup kasau.
lawi ayam(Ir.)lawi ayam(Ir.)KesenianTiada1. Motif ukiran berunsur haiwan berbentuk hujung hulu ekor ayam yang panjang menjulai ke bawah.
daun balung ayamdaun balung ayamKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun balung ayam.
bunga tahi ayambunga tahi ayamKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga tahi ayam.
caponkapon (PEM.MAN)Pentadbiran PerniagaanTiadaAyam kembiri: Ayam jantan kasi yang beratnya antara 5 hingga 7 paun yang biasanya dipanggang.
layerayam penelurVeterinarTiadaAyam yang dipelihara untuk menghasilkan telur. Biasanya, seekor ayam penelur boleh menghasilkan jumlah telur sekurang-kurangnya 250 biji setahun. Pada umur 25-70 minggu, ayam ini diberi makanan khusus yang mengandungi 4% kalsium supaya dapat membentuk cangkerang telur yang sempurna.
pulletayam daraVeterinarTiadaAyam betina penelur pada peringkat umur sebelum bertelur iaitu antara 7-20 minggu. Biasanya, ayam ini dipelihara dalam satu kumpulan yang besar. Dalam tempoh ini, ayam tersebut diberi makanan pembesar yang mengandungi 15-16% protein, 11.5-12 MJ/kg tenaga metabolisme dan 1% kalsium.
ayam den lapehayam den lapehKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga atau daun tanpa rintik, terdapat pada batik sarung atau batik lepas.
12345678910...

Kembali ke atas