Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam berkokok

Puisi
 

Kalau ayam berkokok pagi,
     Itu tanda hari nak siang;
Sudah jumpa jantung hati,
     Bulan terang disangka siang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seletus bedil berbunyi,
     mencebur ikan dalam laut,
berkokok ayam dalam hutan.

Bermaksud :

Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagi hari ayam berkokok, Hendak pergi ke Padang Semu; Saya hendak masak di pokok, Masak rendah saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nampak fajar di Selat Sunda, Waktu pagi ayam berkokok; Hijau jangan disangka muda, Sudah lama masak di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau tuan melancar pucuk, Pucuk pakis timbul tenggelam; Dinihari ayam berkokok, Tinggal cadar di atas tilam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Berkokok ayam di lanting, Menyahuti ayam di paya; Makan pinang sirih digunting, Dikepit juga sama suara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas