Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam berkokok

Puisi
 

Kalau ayam berkokok pagi,
     Itu tanda hari nak siang;
Sudah jumpa jantung hati,
     Bulan terang disangka siang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seletus bedil berbunyi,
     mencebur ikan dalam laut,
berkokok ayam dalam hutan.

Bermaksud :

Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkicauberbunyi spt bunyi burung murai: Ayam berkokok, murai ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkicauberbunyi spt bunyi burung murai: Ayam berkokok, murai ~.Kamus Pelajar
berdengkur, 2. tidur dgn nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kicau, = kicauan bunyi burung (terutamanya burung murai). berkicau berbunyi spt bunyi burung murai: Ayam berkokok, murai ~. berkicauan berkicau banyak kali atau berkicau banyak-banyak: Murai ~ pd pagi hari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kicaubunyi burung (terutamanya burung murai). berkicau berbunyi spt bunyi burung murai:Ayam berkokok, murai ~.Kamus Pelajar
dengkur1. bunyi spt bunyi nafas yg kuat (dr orang yg sedang tidur), keruh; 2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yg amat sangat): ter­dengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yg kuat; berdengkur, mendengkur 1. menge­luar­kan dengkur (ketika tidur), berkeruh, me­ngeruh: tidur ~; 2. tidur dgn nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~; dengkuran dengkur, bunyi mendengkur: Fauzi dgn mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula spt bunyi harimau menantikan mangsanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuruyukJk berkokok (ayam).Kamus Dewan Edisi Keempat
mata(nya) terlayang-layangtertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur;Kamus Dewan Edisi Keempat
ayam I1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallo­pavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya ber­bintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg di­pelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg di­ternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kem­biri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinan­tan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disem­belih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sen­diri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupa­nya tiada prb kejahatan yg sulit dan di­ketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sen­diri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal peker­jaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau se­suatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb di­­kata­kan kpd orang yg menger­ja­kan per­buatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg ber­pera­saan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikata­kan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb di­kata­kan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (menge­ram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk per­mainan); 2. ayam-ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
kucing Isj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb peri­hal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pem­bawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pang­katnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb meng­aniaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak­-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan).Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas