Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. | Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan. | Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor ayam tak berkokok, hari tak siangkah? | Orang yang pandai bukan seorang, sesuatu perkara itu akan terus berlaku walaupun ada seorang yang tidak menyukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |