Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yat] | ايات

Definisi : 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yat] | ايات

Definisi : 1 suatu bentuk bahasa yg terjadi dgn adanya sekumpulan kata yg saling berhubung dan terdiri drpd subjek dan predikat; kalimat: ~ ini terlalu panjang. ~ induk klausa yg dpt berdiri sendiri sbg ayat. 2 beberapa kumpulan kata yg merupakan bahagian kecil drpd sesuatu bahagian yg lebih besar (spt yg terdapat dlm Quran): ~ al-kursi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayat


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ayat matematikmathematical sentenceAyat yang ditulis dalam bentuk nombor dan simbol. Lihat ContohSekolah Rendah
ayat benartrue sentencePernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu.Menengah Atas
pernyataanstatementSuatu bentuk ayat sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contohnya, 3 kurang daripada 6 (benar), 4 kurang daripada 3 (palsu).Menengah Atas
bina ceritacreate storyMereka cerita berdasarkan ayat matematik. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas