Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yat] | ايات

Definisi : 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yat] | ايات

Definisi : 1 suatu bentuk bahasa yg terjadi dgn adanya sekumpulan kata yg saling berhubung dan terdiri drpd subjek dan predikat; kalimat: ~ ini terlalu panjang. ~ induk klausa yg dpt berdiri sendiri sbg ayat. 2 beberapa kumpulan kata yg merupakan bahagian kecil drpd sesuatu bahagian yg lebih besar (spt yg terdapat dlm Quran): ~ al-kursi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri.


Ayat yang betul  adalah seperti yang berikut:

1) Saya suka akan saya.

2) Saya suka akan diri saya.

3) Saya suka akan diri saya sendiri.

4) Saya suka akan diri sendiri.

6) Saya menyukai diri saya.

Tatabahasa07.08.2022
Saya ingin bertanya perbezaan ayat-ayat sindiran & ironi dalam bahasa melayu. Saya sedang melakukan penyelidikan dalam bidang ini dan perlukan pengesahan. Untuk makluman, saya sudah ada dataset ayat-ayat sindiran dan ironi, ini saya collect dari social media data seperti facebook comment & twitter comment. Cuma, saya perlukan pengesahan dan nasihat dari pakar bahasa di DBPi untuk menentukan aya-ayat dari dataset saya ini sama ada berbentuk sinidiran atau ironi. Sebagai contoh, secara manual, saya menganalisa 2 ayat ini yang diambil pada komen di Facebook pada posting mengenai Bajet 2024 adalah seperti dibawah; 1. Perkukuh ekonomi negara je, ekonomi rakyat hampeh, duit melayang, habis kami semua dikerjakan (SINDIRAN). 2. Bajet dari kerajaan paling BAGUS di dunia. (IRONI) Saya diberitahu daripada team kajian saya bahawa saya boleh menghubungi pihak DBP untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar bahasa mengenai kajian saya ini. Jadi, saya memerlukan khidmat nasihat & pengesahan sekiranya ada Pakar Bahasa Melayu dari DBP yang dapat membantu kajian saya, mungkin kita boleh berjumpa dan berbincang secara terperinci. Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, sindiran bermaksud kata-kata sinis atau tajam yang disampaikan secara berkias atau secara tidak terus terang, biasanya untuk bergurau, menegur kesalahan seseorang, meluahkan perasaan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Ironi pula bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.

Untuk data penyelidikan seperti yang dimaklumkan, puan perlulah menjalankan penyelidikan dan analisis berdasarkan kajian puan. Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan analisis data atau kajian bagi penyelidikan. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan ini, puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti Kamus Dewan Perdana dan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain20.12.2023
Betul atau salah penggunaan kata memasak dalam ayat-ayat berikut: Ayat 1: Ibu memasak ikan goreng di dapur. Ayat 2: Ibu memasak mi goreng di dapur.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga menggunakan ayatIbu menggoreng ikan di dapurdan Ibu menggoreng mi di dapur sebagai altenatif.

Tatabahasa19.08.2023
Salam sejahtera, 1.Saya bermain dengan jiran saya . 2.Saya mahu berkawan dengan kamu. Adakah ayat-ayat berikut merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Sekian terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497-523.
Tatabahasa21.04.2024
Kamu membuat apa? Apakah yang kamu buat? Apakah perbezaan di antara ayat-ayat di atas?

Ayat tanya “Kamu membuat apa?” adalah tidak tepat. Ayat yang tepat ialah “Kamu buat apa?”.  Ayat ini merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat.

Manakala, ayat tanya “Apakah yang kamu buat?”, ayat ini merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya yang wujud dalam ayat pasif.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 446.

Tatabahasa30.03.2024
Salam tuan. Kedua-dua soalan saya berkaitan dengan ayat tanya. Antara ayat 1,ayat 2 dan ayat 3 di bawah,yang manakah betul? 1. Apakah perlu kamu buat? 2. Apakah yang perlu kamu buat? 3. Apakah yang kamu perlu buat? Antara ayat-ayat di bawah, yang manakah betul? 1. Apakah kamu sedang membuat? 2. Apakah yang kamu sedang membuat? 3. Apakah yang sedang kamu buat? 4.Apakah sedang kamu buat? Sekian,terima kasih.Ayat yang betul ialah
1. Apakah yang perlu kamu buat?
2. Apakah yang sedang kamu buat?
Lain-lain22.01.2023
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasihCadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti."Makna21.09.2022
Salam sejahtera, kami ingin bertanya soalan mengenai tatabahasa dan pengunaan bahasa mengenai ayat-ayat di bawah: a) Raikan Kegemilangan b) Semarakkan Perpaduan, Raikan Kemenangan c) Baucar Minyak Percuma Satu Tahun -Untuk penggunaan ayat "Baucar Minyak Percuma" kami juga akan menyediakan dokumen untuk membuktikan bahawa kami akan memberi "Baucar Minyak percuma" kepada pelanggan yang memenangi kempen ini dengan terma dan syarat Ayat-ayat ini adalah untuk kempen merdeka Petronas Dagangan Berhad yang akan berlangsung 15 Julai – 16 September 2023 untuk mengajak pelanggan sertai pertandingan iniAyat yang diberikan adalah betul.Lain-lain13.06.2023
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

 

Tatabahasa03.11.2022
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih

Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan:
1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti.

2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it:
Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 

3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini.
Makna21.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas