Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri drpd) dua atau tiga kalimat lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ayat besar yg terdiri drpd dua ayat kecil atau lebih; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayat majmuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ada sedikit kekeliruan untuk menentukan jenis ayat majmuk sama ada ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran bagi ayat-ayat di bawah: 1. Pada peringkat ini, para pelajar akan mengikuti pengajian untuk memperoleh sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan. 2. Keputusan yang cemerlang sebenarnya merupakan tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 3.Dengan cara ini, para bakal siswa atau siswi akan dapat memilih bidang pengajian yang ingin diikuti dengan tepat serta bersesuaian dengan kerjaya yang bakal dibina pada masa hadapan. 4. Buatlah pilihan dengan bijak untuk masa depan dan kerjaya andaDalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri tetapi digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Ayat contoh yang diberikan ialah ayat biasa yang mempunyai sederetan frasa nama yang menjadi subjek/predikat atau sederatan frasa kerja yang menjadi predikat. Untuk melihat contoh ayat majmuk yang baik, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 hingga 519.Tatabahasa07.04.2013
penerangan berkaitan jenis-jenis ayat majmuk beserta contoh

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat ini disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Berdasarkan cara ayat majmuk itu dibentuk, terdapat tiga jenis ayat majmuk yang utama iaitu:

(1) Ayat majmuk gabungan, iaitu dua ayat atau lebih dijadikan satu ayat dengan cara menggabungkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, lalu lagi, serta dan sebagainya. Contoh ayat: “Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.”

(2) Ayat majmuk pancangan terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama, iaitu terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut. Ada tiga jenis ayat pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan relatif: “Saya membeli baju yang berwarna merah.” Ayat “baju itu berwarna merah” dipancangkan ke dalam ayat induk “Saya membeli baju.” Oleh sebab ungkapan “baju” diulang, maka “baju” yang kedua digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang.

(3) Ayat majmuk campuran pula mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat majmuk dan deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat jenis ini biasanya panjang,  contohnya: “Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 18 Ayat Majmuk (hlm. 497-523).

Tatabahasa11.01.2022
Saya masih kurang memahami mengenai ayat majmuk dan ayat pasif. Ayat majmuk ada 3 jenis yang saya pelajari iaitu ayat majmuk pancangan, gabungan dan campuran. Diharap saya boleh mendapat penjelasan mengenai tatabahasa ini.Terima kasih.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

 Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504.

Manakala ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Tatabahasa08.01.2009
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan.Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmukAyat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang)
Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural.
Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding.
Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan.

b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara)
Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa06.03.2013
Selamat sejahtera . Bagaimanakah cara menentukan sesuatu ayat itu ayat majmuk? Ayat yang berikut ini ayat tunggal atau ayat majmuk? Ayat: Kalang menziarahi saudaranya, Assan, di Sri Aman.

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

 Ayat contoh yan saudara berikan bukanlah tergolong dalam ayat majmuk.
Tatabahasa02.01.2013
Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. ialah ayat majmuk jenis apa? keterangan ke? Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. ialah ayat majmuk keterangan ke?

Anis membaca buku sementara adiknya menonton televisyen. - ayat majmuk gabungan.

Kita harus membantu orang ketika mereka dalam kesusahan. - ayat ini dibetulkan menjadi "Kita harus membantu orang yang dalam kesusahan" - ayat majmuk pancangan relatif.

Tatabahasa08.11.2010
boleh tuan jelaskan apakah jenis-jenis proses pemajmukan?

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk berdasarkan cara  ayat tersebut dibentuk iaitu:   

1. Ayat majmuk gabungan iaitu menggabungkan dua ayat atau lebih kepada satu ayat dengan cara  mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contohnya: Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.  

2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas (ayat induk) dan satu klausa tak bebas (ayat kecil). Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu; i). Ayat (majmuk pancangan) relatif menggunakan kata hubung yang, contohnya: Saya membeli baju yang berwarna merah (Saya membeli baju + yang + Baju itu berwarna merah). ii). Ayat (majmuk pancangan) komplemen ialah ayat majmuk yang mempunyai bahagian komplemen yang menggunakan kata hubung bahawa dan untuk. Bahagian komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Contohnya: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. (Dia mengetahui (sesuatu) + bahawa (kata hubung komplemen) + Ahmad telah bersara). iii). Ayat (majmuk pancangan) keterangan pula ialah ayat majmuk yang mempunyai ayat keterangan atau klausa keterangan di dalamnya dan disambungkan dengan kata hubung ketika, kerana, jika, dengan dan sebagainya. Contohnya: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat (Saya tidak dapat hadir + kerana (kata hubung keterangan) + Saya kurang sihat.)

3. Ayat majmuk campuran ialah ayat mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa majmuk atau berbagai-bagai deretan ayat majmuk. Contohnya: Dia sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 18 Ayat Majmuk (halaman 497-522).

 

Tatabahasa12.12.2020
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih.Ayat majmuk yang tepat ialah  2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik"  tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik".Tatabahasa28.03.2015
Berdasarkan petikan 1 seperti mana lampiran, saya ingin mengetahui perkataan atau ayat: 1. kata nama : 2. kata kerja: 3. ayat majmuk gabungan: 4. ayat majmuk pancangan: 5. ayat majmuk campuran: Sekian, Terima kasih.Kata nama ialah unsur perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamai orang, haiwan,tempat,benda atau konsep. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,atau,tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan mempunyai satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni tersiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Sila rujuk buku Tatbahasa Dewan Edisi Ketiga dan berdasarkan maklumat di atas kami percaya saudara dapat membuat analisis teks tersebut. Tatabahasa17.09.2008
(1) Yoyo Cina perlu dimainkan dengan betul. (2) Cakera yang diimbangkan akan berpusing di atas tali semasa pemain menggerakkan kayu. Kedua-dua ayat di atas merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Mengapa? Terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk. Ayat pertama merupakan ayat majmuk keterangan cara iaitu penggunaan perkataan "dengan". Manakala ayat kedua pula ialah ayat majmuk keterangan waktu iaitu penggunaan perkataan 'semasa". Sila rujuk buku tatabahasa Dewan muka surat 516 untuk lebih lanjut.Tatabahasa13.06.2013
12345678910...

Kembali ke atas