Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah makna ayat imperatif?Makna ayat imperatif ialah ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan (iv) Ayat permintaanMakna16.07.2006
Salam sejahtera, "Minta tunjuk ajar daripada jurulatih sekiranya tidak dapat menguasai teknik permainan atau latihan." Adakah ayat ini ayat perintah?Selamat pagi
Untuk makluman, ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat di atas merupakan ayat perintah. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 448-452.
Tatabahasa21.06.2016
Apakah jenis ayat di bawah. Soalan : Semua pelajar diminta berkumpul di padang. Ayat penyata atau ayat perintah ? Tolong berikan sebab. Terima kasih.Ayat yang diberikan ialah ayat perintah. Untuk makluman, ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ms. 441 dan 448 - 452.Tatabahasa07.08.2011
Salam sejahtera. "Hidangkan teh kepada ayah." Adakah ayat ini ayat perintah? Terima kasih.Ayat “Hidangkan teh kepada ayah” merupakan ayat perintah jenis suruhan. Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberikan perintah atau arahan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 448.Tatabahasa06.03.2017
Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan dapat dielakkan.Adakah imbuhan meng- dalam kata kerja "mengikut" perlu digugurkan kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat perintah itu bersifat transitif, maka kata kerja tersebut berbentuk dasar sahaja. Contohnya, Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan dapat dielakkan.Kata kerja mengikut dalam ayat perintah ini betul. Dalam ayat ini terdapat dua kata kerja transitif, iaitu pandu dan ikut (mengikut) dan tindakan yang perlu dilakukan dalam ayat perintah ini telah dijelaskan dalam kata kerja transitif pertama, iaitu pandulah (kenderaan) dan mengikut, kata kerja transitif yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Oleh itu, kata kerja mengikut (dengan awalan meN-) tidak dapat digugurkan seperti kata kerja transitif yang pertama.Tatabahasa11.08.2011
ayat perintah yang manakah yang tepat? 1. Sila jamu selera. atau 2. Sila menjamu selera.Lazimnya frasa "sila menjamu selera" yang digunakan.Tatabahasa05.09.2014
Ayat di bawah ini jenis ayat perintah apa? Usahkan kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai sebaliknya kita perlu berusaha gigih.Ayat tersebut merupakan ayat perintah larangan. Akan tetapi, ayat yang diberikan kurang tepat. Ayat yang lebih tepat: Usah kecewa jika gagal dalam pertandingan yang disertai, sebaliknya kita perlu berusaha dengan lebih gigih.Tatabahasa28.09.2015
Semua murid diminta berkumpul di tapak perhimpunan. Ayat di atas ialah ayat perintah atau ayat penyata? Boleh tolong bagi penjelasan?Ayat "Semua murid diminta berkumpul di tapak perhimpunan." ialah ayat perintah. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: halaman 448. Tatabahasa06.09.2020
jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru?Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan  dengan nada atau itonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seerti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan untuk orang kedua. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa09.04.2009
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.
Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452.
Tatabahasa10.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas