Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
songsang (adverba)
Bersinonim dengan terbalik, berlawanan, arah, bertentangan arah, terbalik;,
Kata Terbitan : tersongsang, songsangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih.Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut:
(1) Beratur di luar kelas murid-murid.  (pendepanan seluruh predikat)
(2) Beratur murid-murid di luar kelas.  (pendepanan frasa kerja)
(3) Di luar kelas murid-murid beratur.  (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Tatabahasa22.08.2017
Ingin saya tanya kepada pihak tuan... apakah ayat songsang bagi ayat-ayat berikut? a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari. c Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat Terima kasih.a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam.
Ayat songsang: Ingin makan aiskrim tetapi demam, Ali.
b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari.
Ayat songsang: Melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari, kakak.
c. Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar.
Ayat songsang: Mendengar radio sambil membaca surat khabar, ayah.
d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat.
Ayat songsang: Bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat, buah pisang.
Tatabahasa22.07.2016
Apakah fungsi ayat songsang dalam bahasa Melayu?Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh:

Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) 

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa15.06.2016
Saya hendak bertanya tentang ayat songsang. Contoh ayat di bawah: Ayat susunan biasa: Mereka menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam. Ayat songsang: Menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam mereka ATAU Ke ladang ternakan ayam mereka menyertai lawatan. Ayat songsang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? Minta penjelasan, terima kasih.Ayat songsang yang tepat untuk ayat tersebut ialah Lawatan ke ladang ternakan ayam mereka sertai.Tatabahasa24.08.2017
Adakah ayat songsang di bawah ini betul? Akan sampai di Tanjung Sepat bilakah Zaki? terima kasih.Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Oleh hal yang demikian, benar ayat yang dinyatakan ialah ayat songsang.Tatabahasa17.03.2014
Apakah subjek dan predikat bagi ayat songsang berikut : Membaca buku dia di perpustakaan. Adakah ayat songsang dikira sebagai ayat yang gramatis?Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan.Tatabahasa18.10.2010
Pola yang betul untuk ayat songsangPola ayat songsang ialah predikat + subjek.Tatabahasa19.05.2011
Assalam tuan Adakah ayat songsang ini boleh diterima .. Kem motivasi pengawas semua pengawas sekolah telah menyertaiYa, ayat songsang tersebut boleh diterima dengan  memasukkan tanda koma dan sedikit pembetulan seperti berikut. Kem motivasi, pengawas semua sekolah telah menyertai ...Tatabahasa22.03.2018
Leong Yun Kui Jul 2nd, 6:09pm Saya seorang guru bahasa. Akhir-akhir ini kami berasa keliru dengan beberapa contoh ayat songsang yang diterangkan dalam Buku Tatabahasa dewan Jilid terbaharu. Ayat Biasa: Saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu pada masa dahulu. AYat Songsang: Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. (Adakah ini ayat songsang? Saya berpendapat ayat ini hanya mengalami pendepanan salah satu daripada frasa keterangan dalam bahagian predikat. Namun, struktur ayatnya masih jelas bersusunan subjek di depan dan predikat masih berada di belakang. Saya berpendapat sepatutnya..ayat songsangnya sepatutnya ..Pernah mendiami perkampungan orang asli itu saya pada masa dahulu. Harap balas..1. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, pada masa dahulu, saya. Ayat songsang seluruh. 2. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, saya, pada masa dahulu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan kata kerja). 3. Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan keterangan).Tatabahasa02.08.2015
Salam, adakah ayat songsang ini boleh diterima: Adalah dengan membaca buku kita menjadi masyarakat berilmu.Cadangan ayat songsang yang betul ialah "Dengan membaca buku kita menjadi masyarakat berilmu."Tatabahasa09.01.2022
12345678910...

Kembali ke atas