Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya tentang tatabahasa. berapakah jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam penggunaan tatabahasa? dan apakah jenis-jenis ayat tanya tersebut? berharap agar pihak anda dapat memberi penerangan dengan lebih lanjut. kerjasama anda sangat saya hargai.Terima kasih.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. 

 

 

Tatabahasa30.01.2011
Adakah ayat-ayat tanya berikut betul? 1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa? 2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana? Terima kasih...Ayat tanya yang betul:
1) Encik Peter datang ke Malaysia mengapa?
2) Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako bagaimana?
atau
1) Mengapakah Encik Peter datang ke Malaysia?
2) Bagaimanakah Encik Peter pergi ke Taman Negara Bako?
Tatabahasa24.07.2017
Bolehkah saya tahu kenapa ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya mudah kerap digunakan di sesebuah novel?Untuk makluman, ayat tanya atau kata tanya yang digunakan dalam sesebuah novel atau karya sastera kreatif itu bergantung kepada kekreatifan seseorang penulis. Tidak ada sekatan atau kesalahan seandainya  diguna sekerap atau sekurang mana pun, asalkan sesuai pada cerita dan jalan ceritanya.Lain-lain08.09.2015
adakah ayat tanya ini betul?? -pukul berapa sekarang? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan -kah atau menggunakannya tetapi bukan di hadapan ayat ?Yang betul ialah 'Pukul berapakah sekarang?'. Ayat ini ialah ayat tanya songsang yang predikatnya didahulukan. Bagi ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan 'kah', ialah ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa dan siapa. Contoh : Itu apa? Orang itu siapa? Untui maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa15.06.2008
Tukarkan ayat tanya biasa kepada ayat tanya songsang. 1. Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam? 2. Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? 3. Cawangan bank tersebut ada di Kuala Terengganu? ~(a)Adakah partikel-'kah' diperlukan? (b)Adakah kita boleh menukarkan ayat tanya tanpa ~'kah'? ~(c)sila berikan jawapan yang lengkap untuk kami (guru-guru bahasa Malaysia dari Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka) membuat rujukan dan perbincangan selanjutnya, terima kasihAyat Tanya tanpa kata tanya, boleh disertai partikel tanya -kah, atau sebaliknya; dan partikel -kah diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contohnya:
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam?
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalamkah?
Ayat tanya dengan kata tanya hadir dalam predikat ayat, seperti Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? Ayat ini perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan, seperti Bilakah Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan?
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 441 - 448.
Tatabahasa19.02.2016
1.Apakah ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat berikut? Pada petang semalam saya pergi ke perpustakaan A. Ke manakah kamu pergi pada petang semalam? B. Bilakah kamu pergi ke perpustakaan? 2. Adakah kedua-dua ayat tanya berikut boleh diterima?Kedua-dua ayat tanya tersebut boleh diterima.Tatabahasa21.08.2019
Salam sejahtera. Ayat tanya tanpa penegas "kah" betul atau sakah? Terima kasih.Ayat Tanya tanpa partikel "kah", seperti Berapa harga baju ini? adalah betul.Tatabahasa04.08.2016
Tatabahasa Ayat tanya di bawah betul tak? 1. Ini apa? 2. Apa ini? 3. Apakah ini?Ketiga-tiga ayat tanya tersebut betul.Tatabahasa06.04.2012
Ini ayat contoh: Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya "tidak terhad kepada" perkataan ya atau tidak/bukan. Soalan: Adakah penggunaan frasa “tidak terhad kepada" dalam ayat ini tepat/gramatis?Penggunaan frasa 'tidak terhad kepada' adalah laras yang sesuai dalam konteks ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penjelasan lanjut. Rujuk halaman 447 - 488.Tatabahasa30.10.2009
jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru?Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan  dengan nada atau itonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seerti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan untuk orang kedua. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa09.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas