Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayatnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat " Inilah al-Quran" dan "Ayatnya tersusun rapi" boleh digabungkan? Jika boleh, manakah yang betul? "Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi" atau "Inilah al-Quran yang tersusun rapi ayatnya"?Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi.Tatabahasa21.04.2017
Anak saya menulis karangan yang antara ayatnya berbunyi, "Ibu saya sangat sukakan kucing." Guru BM tidak membuat sebarang pembetulan. Adakah ayatnya betul atau seharusnya berbunyi, "Ibu saya sangat suka akan kucing."?Ayat yang gramatis ialah, "Ibu saya sangat suka akan kucing."Tatabahasa26.01.2010
Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul?Penggunaan tanda petikĀ  (" ")yang betul ialah:
a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu.
b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?"
c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia.

Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru.

Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul.
Tatabahasa20.09.2013
Apakah perbezaan makna antara perkataan DAHULU dengan DULU.Bagaimanakah cara penggunaannya dan Saya amat berbesar hati jika Tuan dapat memberi contoh ayatnya. Yang mana satu lebih bagus dari segi ayatnya; (a) Terlebih dulu, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah diambil untuk meningkat produktiviti... (b) Terlebih dahulu, Saya ingin mengucapkan.....Dulu ialah bahasa percakapan bagi dahulu. Oleh itu, dalam situasi rasmi kata dahulu yang digunakan.Tatabahasa11.09.2009
adalah boleh jika kita menggunakan kata tanya dalam ayat, tetapi pada akhir ayatnya kita tidak menggunakan tanda tanya? contohnya "hal ini berlaku, bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya.'"Hal ini berlaku bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya. Ayat yang betul ialah: hal ini berlaku apabila remaja terpengaruh dengan rakan sebayanya. Di sini tidak memerlukan penggunaan tanda tanya kerana ayatnya bukan ayat tanya tetapi ayat penyata. Penggunaan kata tanya dalam ayat tersebut salah sepatutnya digunakan kata apabila.Tatabahasa11.05.2007
Slm. Apakah perbezaan dalam penggunaan perkataan "baru" dan "baharu'. Jika terdapat perbezaan, bolehkah saudara berikan contoh ayatnya?Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Lain-lain29.05.2010
Ingin bertanya, dalam soalan BM ayatnya seperti berikut: Laluan masuk keluar lori...... Frasa 'masuk keluar' dianggap tidak gramatis. Apakah alasan yang munasabah untuk mewajarkan kesalahan frasa ini? Adakah alasannya kerana kebiasaan/kelaziman atau frasa itu sudah mantap? Mohon penjelasan. Tk.Untuk makluman, frasa "keluar masuk" atau "masuk keluar" hanya kelaziman berbahasa sahaja.  Begitu juga dengan frasa "turun naik".  Kita masih boleh menggunakan frasa tersebut kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya.Istilah05.08.2015
Ayat yang mana betul struktur ayatnya. 1. Buku yang dipinjamnya dipulangkan kepada pustakawan. 2. Adik menyapu ubat pada kaki kucing yang luka itu. 3. Siti baru pulang dari Indonesia. 4. Jam itu digantung pada dinding.Kesemuanya betul.Tatabahasa29.10.2007
Apa maksud perkataan pendolarisasi dan contoh ayatnya?Kata pendolarisasi tidak terakam dalam kamus terbitan DBP. Dapatan awal mendapati kata ini ialah kata padanan bagi dollarization yang bermaksud proses memberikan kadar atau nilai mata wang tempatan berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS).

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia cuba menggunakan mata wang tempatan dalam urusan dagangan dengan harapan dapat mengurangkan risiko kebergantungan mata wang antarabangsa, bagi 
mengukuhkan ekonomi negara. 

Contoh penggunaan kata pendolarisasi:
Malaysia telah mengambil langkah permulaan yang tegas dengan bergerak ke arah pendolarisasi bagi mengukuhkan kembali kedudukan ringgit.




 

Makna01.11.2023
APAKAH MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH INI, & CONTOH AYATNYA.... 1. EKABAHASA, 2. DWIPENGKHUSUSAN 3. TRIDIMENSI, 4. SWADAYA 5. JURUMUDI, 6. PANCAINDERAekabahasa ialah dlm satu bahasa. Pancaindera ialah deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan. untuk mengetahui sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.Makna20.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas