Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayatnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-TAWBAH

Surah al-Tawbah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah kesembilan mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

129 ayat. Ia dinamakan al-Tawbah (taubat) kerana

ayatnya menggesa orang beriman supaya

bertaubat.

UMUM 
SURAH AL-ANFAL

Surah al-Anfal ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang kelapan mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

75 ayat. Surah ini dinamakan al-Anfal (harta

rampasan perang) kerana ayatnya dimulai dengan

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (wahai

Muhammad) tentang harta al-Anfal (rampasan

perang)”.

(Surah al-Anfal 8:1)

UMUM 
SURAH AL-SHAMS

Surah al-Shams ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-91 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 15 ayat.

Surah ini dinamakan al-Shams (matahari) kerana

pada awal ayatnya Allah S.W.T. bersumpah dengan

matahari dan cahayanya.

UMUM 
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
SURAH FUSSILAT

Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan)

kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan

melalui ayat-ayatnya. Surah ini menjelaskan bukti

kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta

membawa keterangan yang tepat bagi

menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya.

Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam

yang indah tersergam yang menggambarkan

ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T..

Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir. Lihat

Surah Ghafir.

UMUM 

Kembali ke atas