Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yun] | ايون

Definisi : gerak ke sana ke mari, goyang, buai; ayun-temayun sl bergantung dan berbuai-buai; matahari ~ matahari mulai turun (hari mulai petang); berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai: budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu; mengayun 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll); ~ tangan hendak memukul; mengayunkan menggerakkan: ~ tangan sewaktu menari; ~ langkah; terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;ayunan 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yun] | ايون

Definisi : ; berayun bergantung dan bergerak berbuai-buai; bergoyang ke sana ke mari: Ketika kecil-kecil dahulu, kami suka sekali ~ pd dahan rambai itu. mengayun 1 = ber ayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2 turun (ttg matahari). mengayunkan 1 menggerakkan supaya berayun: ~ buaian. 2 memulakan sesuatu pergerakan (spt ketika hendak memukul): ~ langkah memulakan langkah: ~ tangan mengangkat tangan (spt ketika hendak menumbuk). ayunan 1 tempat duduk dll yg dpt diayunkan; buaian. 2 gerakan yg berayun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayun

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Minta tuan/puan semaka ayat di bawah : 1)Mum, watch me swing high into the air. (Mak, lihat saya ayun buaian tinggi)Ayat yang betul, "Mak, lihat saya ayun tinggi buaian."Tatabahasa15.10.2015
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
single mono swing -armswing-arm= lengan ayunEjaan07.06.2011
apakah maksud berjela-jela?

Maknanya ialah  tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna28.05.2009
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya.Tatabahasa30.07.2012
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TKJawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.)Tatabahasa05.04.2012
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang lagu rakyat negeri Terengganu. Apakah maksud kokek dalam lirik lagu rakyat Ayun Buai Kokek? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ditemui makna bagi kata kokek dalam kamus-kamus dan Glosari Istilah Terengganu terbitan DBP. Daripada selisikan awal, buai kokek ialah sejenis buaian yang menggunakan kain yang diikat dengan tali dan digantung pada alang rumah untuk menidurkan anak. Kokek mungkin disebabkan bunyi yang dikeluarkan akibat ayunan buaian tersebut. Untuk mendapat pengesahannya, kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan.Makna10.09.2023
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan terjemahan yang sesuai untuk permainan kanak-kanak yang dikenali sebagai "pony spring rider". Sesuaikah jika saya gunakan "kuda ayun" atau "Kuda berayun". Terima Kasih.Kami mencadangkan "pony spring rider" diterjemahkan sebagai "kuda kayu berayun". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah06.08.2021
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas serta alat yang digunakan ?Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dll). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.Makna28.01.2014
tuan, kehidupan saya terolang-aling semenjak kematian ibu bapa saya. adakah terolag-aling sesuai digunakan dalam ayat ini? tqOlang-aling bermaksud bergerak atau ber­ayun ke kiri ke kanan lazimnya dikaitkan dengan perahu yang dipukul ombak. Oleh itu, perkataan terolang-aling tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa22.01.2012
12

Kembali ke atas