Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yun] | ايون

Definisi : gerak ke sana ke mari, goyang, buai; ayun-temayun sl bergantung dan berbuai-buai; matahari ~ matahari mulai turun (hari mulai petang); berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai: budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu; mengayun 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll); ~ tangan hendak memukul; mengayunkan menggerakkan: ~ tangan sewaktu menari; ~ langkah; terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;ayunan 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yun] | ايون

Definisi : ; berayun bergantung dan bergerak berbuai-buai; bergoyang ke sana ke mari: Ketika kecil-kecil dahulu, kami suka sekali ~ pd dahan rambai itu. mengayun 1 = ber ayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2 turun (ttg matahari). mengayunkan 1 menggerakkan supaya berayun: ~ buaian. 2 memulakan sesuatu pergerakan (spt ketika hendak memukul): ~ langkah memulakan langkah: ~ tangan mengangkat tangan (spt ketika hendak menumbuk). ayunan 1 tempat duduk dll yg dpt diayunkan; buaian. 2 gerakan yg berayun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayun

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basic swingayun asasSukanTiadaPergerakan ayun yang dikuasai sebelum berupaya melaksanakan ayunan yang lebih sukar, seperti ayun luas.
stalderayun stalderSukanTiadaAyun bota depan dengan posisi pike dan kaki terkangkang.
swingayunSukanTiada1. Ayun: Pergerakan buai yang banyak digunakan dalam acara palang asimetrik, palang tunggal, palang jajar dan gelang.
castayun imbasSukanTiada1. Ayun imbas: Ayunan mengimbas badan ke atas yang dilakukan dengan sokongan depan di atas palang.
swingtumbuk ayunSukanTiada2. Tumbuk ayun: Tumbukan yang menggunakan gabungan hayunan badan, pinggang, dan tangan. Ini adalah satu kesalahan dalam perlawanan tinju.
scissors forwardayun gunting depanSukanTiadaUnsur ayun pendulum yang dilakukan pada kekuda pomel. Kaki disilang selepas setiap ayunan dengan bantuan sokong depan.
scissors backwardayun gunting belakangSukanTiadaUnsur ayun pendulum yang dilakukan pada kekuda pomel. Kaki disilang selepas setiap ayunan dengan bantuan sokong belakang .
bent inverted hang swingayun gantung kelawar bersudutSukanTiadaKedudukan gantung songsang bersudut dan ayun ke hadapan ataupun ke belakang.
overswingayun lampaiPendidikanTiadaTiada
backswingayun belakang (Badminton)SukanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas