Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayunan tangan;


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
limbaiayunan tangan ketika berjalan; lenggang: membuang ~ mengayunkan tangan (selendang dsb) ketika menari. melimbaikan mengayunkan (tangan, selendang dll) sewaktu berjalan, menari dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
limbaiayunan tangan ketika berjalan, leng­gang: sekali ia melenggang ~, rukuk sekalian kayu-kayuan; membuang ~ mengayunkan tangan (selendang dll) ketika menari; melimbai mengayunkan tangan sewaktu berjalan, melenggang; melimbaikan membuang (limbai), meng­ayunkan (tangan dll) ketika menari.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenggang/lénggang/ 1 gerakan atau ayunan tangan ke depan dan ke belakang ketika berjalan: ~ tangannya lemah gemalai. 2 gerakan berbuai-buai (spt kapal dipukul gelombang). ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak di dlm perut, bagi perempuan mengandung sulung setelah mengandung tujuh bulan. berlenggang 1 berjalan dgn tangan berayun ke depan dan ke belakang. 2 bergerak ke kiri dan ke kanan atau turun naik (spt kapal atau perahu dipukul gelombang). 3 berjalan dgn tidak membawa buah tangan atau dgn tidak membawa beban: Dia pergi ke rumah emaknya ~ saja. ~ lenggok berliuk-liuk ke kiri dan ke kanan spt orang menari. melenggangkan mengayunkan (tangan) ke depan dan ke belakang ketika berjalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lenggang(lénggang) 1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan: ia berjalan dgn ~ yg lemah lembut; 2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai (kapal dimainkan gelombang dll); ~ kangkung a) pergerakan berayun-ayun yg lemah lembut; b) hidup atau duduk bersenang­senang (tiada apa yg dikhuatirkan); ~ patah tujuh pergerakan ketika berjalan dlm hutan (utk mengelakkan dr pokok-pokok, duri, dll); ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak dlm perut (bagi perempuan yg hamil sulung apabila telah tujuh bulan mengandung); ~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak sedarkan kekurangan diri; ~ -lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan prb gaya jalan yg lemah lembut dan menarik; elok ~ di tempat datar prb bersuka-­suka biarlah pd tempat dan waktunya; harap ~ serdadu, destar teleng belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya tidak ada; tak berasak ~ dr ketiak prb tidak berubah­-ubah dan masih tetap spt lama juga; berlenggang, melenggang 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; melenggangkan 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2. menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg ber­tiup itu melenggang-lenggangkan rambut­nya; terlenggang-lenggang terayak-ayak, ter­ayun-ayun (perahu dimainkan gelombang dll); lenggangan ark 1. sj dulang utk mencari bijih atau emas; 2. pergerakan melenggang, ayunan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambaian1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggil­an syaitan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ayunan1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambai I; melambai, melambai-lambai 1. bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak; melambaikan, melambai-lambaikan meng­gerak-gerakkan turun naik (tangan, bendera, dll): dia ~ tangannya kpd Wahab; lambaian 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggil­an syaitan; pelambai; sepelambai ukuran jauh sejauh orang melambai.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayun; berayun bergantung dan bergerak berbuai-buai; bergoyang ke sana ke mari: Ketika kecil-kecil dahulu, kami suka sekali ~ pd dahan rambai itu. mengayun 1 = ber ayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2 turun (ttg matahari). mengayunkan 1 menggerakkan supaya berayun: ~ buaian. 2 memulakan sesuatu pergerakan (spt ketika hendak memukul): ~ langkah memulakan langkah: ~ tangan mengangkat tangan (spt ketika hendak menumbuk). ayunan 1 tempat duduk dll yg dpt diayunkan; buaian. 2 gerakan yg berayun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ayungerak ke sana ke mari, goyang, buai; ayun-temayun sl bergantung dan berbuai-buai; matahari ~ matahari mulai turun (hari mulai petang); berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai: budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu; mengayun 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll); ~ tangan hendak memukul; mengayunkan menggerakkan: ~ tangan sewaktu menari; ~ langkah; terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;ayunan 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali.Kamus Dewan Edisi Keempat
ayun;berayun bergantung dan bergerak berbuai-buai; bergoyang ke sana ke mari: Ketika kecil-kecil dahulu, kami suka sekali ~ pd dahan rambai itu. mengayun 1. = berayun berbuai-buai: Apabila digegarkan, ranting-ranting itu ~. 2. turun (ttg matahari). mengayunkan 1. menggerakkan supaya berayun: ~ buaian. 2. memulakan sesuatu pergerakan (spt ketika hendak memukul dsb): ~ langkah memulakan langkah):~ tangan mengangkat tangan (spt ketika hendak menumbuk dsb). ayunan 1. tempat duduk dll yg dpt diayunkan; buaian. 2. gerakan yg berayun.Kamus Pelajar

Kembali ke atas