Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata az


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Az Hanif Ab Halim mohon pencerahan, pengesahan atau syor lain bagi tajuk acara yang betul dan tepat: 1) MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI atau 2) MAJLIS JAMUAN MALAM NEGERI KBerkenaan dengan soalan tuan tersebut, Majlis Makan Malam Negeri (makan malam terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu Dinner) adalah lebih sesuai. Sekiranya hendak memasukkan pilihan yang kedua tuan perlu menggugurkan Majlis dan dijadikan Jamuan Makan Malam Negeri. Namun begitu, kami mencadangkan pilihan yang terbaik ialah MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI.Makna18.05.2017
Salam Tn/Pn, Saya Pn Norfazilah, daripada AZ Empayar Unggul Enterprise ingin memohon maklumbalas pengesahan penggunaan bahasa iklan untuk restoren kami "WARUNG KAPAL TERBANG" untuk tujuan pendaftaran Papan Iklan dengan Unit Pelesenan, Majlis Daerah Segamat. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah pihak saya hargai. Sekian, terima kasih Yang Benar, NORFAZILAH BINTI TOMPANG @ MOHD ZAINSalam sejahtera,

Puan,

WARUNG KAPAL TERBANG boleh digunakan.

Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu, sila layari http://dbpsahbahasa.my/.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain14.10.2017
Kepada sesiapa yang berkenaan, Bolehkah pihak DBP memberi maksud kepada perkataan arab 'az zahra'? Ini kerana tiada maksud perkataan tersebut dalam kamus dewan. Sekian, terima kasih.Zahrah bermaksud bunga dalam bahasa Melayu.Makna21.01.2013
Perkataan `Al’ di depan nama Arab Bagaimana mengeja nama orang Arab yang bermula dengan `Al’ dalam dua situasi. Contohnya: Al-Ma’mun. 1. Situasi di depan nama – Al-Ma’mun. Apakah huruf `A’ itu mesti huruf besar (bukan di permulaan ayat) seperti: Dalam kitabnya, Al-Ma’mun menjelaskan … 2. Situasi di tengah nama - Ishaq al-Junaidi. Apakah huruf `A’ itu ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar? 3. Apakah ejaan `al’ dikekalkan sekiranya terletak di depan perkataan Arab yang bermula dengan huruf d, n, r, s, dan t, seperti: ‘al-Duha’ atau `ad-Duha’? ‘al-Nisa’ atau 'an-Nisa’? ‘al-Ra’d’ atau `ar-Ra’d’? ‘al-Syu’ara’ atau ‘as-Syu’ara’? ‘al-Takwir atau ‘at-Takwir’’? `al-Zalzalah’ atau `az-Zalzalah’? *Apakah kemungkinan ejaannya kekal tetapi sebutan sahaja yang berubah?Mengikut buku Gaya Dewan, ejaan "Al" untuk nama pada awal ayat, gunakan huruf besar.  Contoh: Al-Makmun.  Sekiranya di tengah ayat, gunakan huruf kecil.  Contoh: Dalam kitabnya, al-Makmun mengatakan....Untuk nama Ishak al-Junaidi, gunakan huruf kecil.  Ejaan "al" dikekalkan sekiranya terletak di hadapan huruf d, n, r, s dan t.  Contoh: al-Duha, al-Ra'd, al-Nisa' dan sebagainya.Ejaan20.12.2016
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut.
1. Buku:              
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.
Karya Editor:
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Majalah
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

4. Kertas Kerja
Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan.
Lain-lain25.08.2015

Kembali ke atas