Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azadirachta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Azadirachta indicamambuHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Meliaceae dan dikenali juga sebagai neem dan margosa. Mambu berasal dari India dan telah tersebar luas di negara tropika dan subtropika. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan biasanya ditanam sebagai tanaman landskap, tanaman teduhan dan untuk tujuan perubatan. Daunnya jenis majmuk pinat mengandungi 9 hingga 15 anak daun. Bentuk anak daun tidak simetri dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah daun di bahagian pucuk dan cabang muda. Bunganya kecil berwarna putih, buahnya bulat lonjong dan berwarna kuning apabila matang. Jus daun dan kulit diminum untuk merawat malaria dan sebagai tonik kesihatan. Daun mambu disapukan di bahagian luaran untuk merawat kudis dan rasa gatal akibat kudis demam campak. Daunnya boleh dimakan mentah untuk mengurangkan kesan termakan racun. Minyak biji digunakan sebagai antiseptik untuk merawat luka dan masalah kulit. Tumbuhan ini mengandungi tetranortriterpenoid azadiraktin yang berpotensi digunakan untuk mengawal serangga perosak.
perennialsakaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang hidup bertahun-tahun lamanya. Contohnya, legundi (Vitex negundo), mambu (Azadirachta indica) dan kantan (Etlingera elatior).
limonoidlimonoidHerbaFitokimiaKumpulan sebatian triterpena terubah suai dengan empat karbon hujung daripada rantai sisinya telah tersingkir. Sebatian ini biasanya terdapat dalam tumbuhan famili Rutaceae, Meliaceae dan Simaroubaceae. Contoh limonoid ialah azadiraktin daripada pokok mambu (Azadirachta indica). Sebatian ini sekiranya dimakan oleh serangga akan menyebabkan serangga berhenti makan dan akhirnya serangga tersebut akan mati. Oleh itu, sebatian ini sering digunakan sebagai racun serangga semula jadi.

Kembali ke atas