Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.za.li] | ازلي

Definisi : Ar sejak dahulukala, sejak permulaan zaman: nasib tiap-tiap orang telah tertulis pd suratan ~; mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya; keazalian keadaan atau perihal azali: ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.za.li] | ازلي

Definisi : sejak dahulu kala; sejak permulaan zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya menghadapi kekeliruan tentang penggunaan kata Sendi Nama(KSN) "Kepada" dan "pada". Dalam latihan sekolah adik saya, soalan adalah berikut: 1) Azali memberikan seekor ikan _____ kucing kesayangannya. Jawapan yang diberikan oleh guru bahasa adalah KSN "pada". Namun demikian, apabila saya merujuk buku tatabahasa dewan(m/s259), saya mendapati KSN "pada" digunakan di hadapan KN @FN untuk keterangan waktu dan tempat kecuali kewujudan perkataan "ada" di hadapan KSN tersebut sebaliknya KSN "kepada" diletak di hadapan KN @ FN yang menyatakan sasaran untuk manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan atau menyatakan perubahan keadaan. Dengan itu, saya berasa keliru tentang penggunaan KSN tersebut. Saya berharap pihak tuan dapat membantu saya supaya memahami penggunaan KSN "Kepada" dan "pada" dengan betul. Terima kasih.Ayat "Azali memberikan seekor ikan kepada kucing kesayangannya", betul dan bukan "Azali memberikan seekor ikan pada kucing kesayangannya". Alasan yang saudara nyatakan merujuk Tatabahasa Dewan jelas menunjukkan fungsi kata sendi nama "kepada" dan "pada".Tatabahasa17.05.2009
Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Muhammad Irfan Ariff B Nor Azali Shukri, pelajar tahun 2, kursus terjemahan dan intepretasi, di USM. Saya ingin bertanya mengenai perkataan gejala. 1. Adakah perkataan gejala berkonotasikan negatif? Kebiasaannya perkataan tersebut akan dipadankan dengan perkataan negatif? iaitu gejala negatif, gejala sosial, dll. 2. Bolehkah perkataan tersebut digabungkan dengan unsur yang positif? seperti gejala positifMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Dalam wacana umum, gejala lazimnya dikaitkan dengan unsur negatif seperti gejala rasuah. Walau bagaimanapun, dalam wacana ilmiah kata gejala digunakan dalam konteks yang membawa maksud petanda, seperti gejala klinikal dan gejala tunggal.Istilah05.05.2015
Aziz Yusof : Isu ejaan betul dan ejaan salah. Byk betul ejaan yg salah. Ini ejaan yg baru buat atau mmg sejak azali mcm ni? Konfius nanti.Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Apabila buku Sistem Ejaan Rumi Baru diterbitkan pada tahun 1972, tidak ada lagi perubahan dalam sistem ejaan kita.Ejaan27.02.2015

Kembali ke atas