Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.za.li] | ازلي

Definisi : Ar sejak dahulukala, sejak permulaan zaman: nasib tiap-tiap orang telah tertulis pd suratan ~; mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya; keazalian keadaan atau perihal azali: ~ ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.za.li] | ازلي

Definisi : sejak dahulu kala; sejak permulaan zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azali


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eternal timeazaliSejarahTiadaJangka masa yang tidak mempunyai permulaan atau pengakhiran dan sentiasa berterusan.
innatesejadi/azaliKesenianTiadaTiada
primeval nebulanebula azaliMatematikTiadaNebula yang terdiri daripada gas dan zarah debu yang dipercayai membentuk matahari dan planet.
archetypetipa indukKesusasteraanTiadaPerihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.

Kembali ke atas