Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.zam]/[a.zam] | عزم

Definisi : kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menam­bah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melaku­kan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hen­dak meneruskan rancangan pembangun­­­an;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kera­jaan utk mempertahankan kedaulatan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.zam]/[a.zam] | عزم

Definisi : teramat mulia; isimal ~ nama yg teramat mulia (nama Allah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.zam]/[a.zam] | عزم

Definisi : tujuan yg hendak dicapai; apa-apa yg dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Tolong berikan cara penulisan sebenar 1) ..... cikgu Azam atau Cikgu Azam 2) ....... Mak cik Mah atau Mak Cik Mah 3)....... Guru Besar sekolah saya atau guru besar sekolah saya Terima kasih1. Cikgu Azam 2. Mak Cik Mah 3. Guru besar sekolah (hanya G sahaja huruf besar kerana permulaan ayat).Tatabahasa30.01.2013
Apakah lawan perkataan azam? Menurut Kamus Dewan  makna perkataan azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya). Oleh itu,   lawan kata azam ialah tidak berkeinginan, tidak bercita-cita tinggi, atau tidak mempunyai kemahuan terhadap sesuatu.Makna24.03.2009
Assalamuaikum tuan, Saya Muhammad Zarul Azam pelajar UiTM Seremban 3 dan saya dari persatuan Corporate Administration Student Society. Persatuan saya ada buat program membantu kanak-kanak rohingya di Selayang dan aktiviti yang diadakan termasuk memberi sumbangan buku teks sekolah kepada kanak-kanak rohingya. Jadi, saya di sini ingin meminta jasa baik dari pihak tuan untuk membantu persatuan saya dalam memberi sumbangan buku teks kepada kanak-kanak rohingya. Di sini saya sertakan proposal program. Saya harap Tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya ini, Terima Kasih.Wassalam. Kami sangat menghargai pergorbanan tuan dalam membantu kanak-kanak Rohingya. Untuk maklumat lanjut 
tentang perkara ini, tuan  boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Tuan Haji Razali Che Mat melalui talian 03-21479155 atau Encik Azimin Daud 03- 21479485 untuk sebarang pertanyaan.
Lain-lain08.06.2017
apa maksud cemerkap

Saudara Azam,

Maksud cemerkap ialah tidak cermat, kasar.

Makna25.02.2010
"Mahukah kau mengikut aku meronda kawasan kampung pada malam ini?" tanya Pak Azam kepada Norman. Apakah kesalahan bagi ayat di atas dan mengapakah perkataan tersebut salah? Apakah pengganti bagi perkataan yang salah itu jika ada?Ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2011
Pola ayat bagi ayat berikut ialah FN+FN atau FN+FA ? (a) Motto Syarikat Azam ialah harga murah tetapi berkualiti.Pola ayat tersebut ialah FN+FATatabahasa06.01.2016
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini.Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain15.08.2008
bagaimanakah saya boleh memulakan karier sebagai seorang penulis?

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Antara syarat-syarat penting untuk memulakan karier menjadi seorang penulis yang berjaya ialah:

1.     Perlu mempunyai minat yang mendalam dan azam yang kental untuk menjadi seorang penulis.

2.     Rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah. Juga membaca karya-karya bermutu (novel, drama, cerpen, puisi, rencana dan esei/kritikan) oleh penulis terkenal dan memenangi pelbagai hadiah/peraduan.

3.     Mengikuti bengkel penulisan (novel, drama, cerpen, puisi, rencana, dll) yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

4.     Menjadi anggota persatuan penulis. Melaluinya sdr. boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di samping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan penulis pelbagai kaum dan peringkat umur.

5.    Rajin berkarya/bereksperimen tanpa mengenal putus asa.

6.    Menghantar karya ke pelbagai penerbitan untuk tujuan penerbitan di samping menguji kemampuan sebagai seorang penulis. 

Selamat menjadi seorang penulis dan selamat berjaya!

   

Lain-lain30.12.2008
Saya ingin berbincang tentang penerbitan buku (koleksi pantun berkait). Mohon beri maklumat pegawai yang boleh dihubungi untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Terima kasih.Untuk penerbitan buku pantun, tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka seperti maklumat yang berikut:

Encik Mohd. Azam bin Juhari,
Ketua Editor Bahagian Buku Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

E-mel: mazam@dbp.gov.my
Lain-lain31.10.2023
Salam sejahtera. Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Pak Cik Seng gigih mengusahakan ladang kelapa sawit bersama-sama isterinya. Pilih perkataan seerti bagi gigih. A tekun. B tabah. C rajin. D malasPerkataan tekun, tabah dan rajin mempunyai makna yang hampir sama, namun jawapan yang paling hampir, iaitu seerti dengan gigih ialah tabah. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri; tabah bermaksud tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dengan penuh semangat dan azam, berani,cekal demi mencapai kejayaan, kecemerlangan. Manakala tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh.Makna03.07.2014
12

Kembali ke atas