Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.zan] | اذان

Definisi : panggilan utk bersembahyang, bang: ~ subuh bergema masuk ke seluruh kampung; mengazankan melaungkan azan (menyeru orang Islam mendirikan solat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.zan] | اذان

Definisi : kalimat-kalimat tertentu yg dilaungkan utk memanggil orang bersembahyang; bang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020
Ayat manakah yang lebih tepat: Baca doa selepas azan. atau Baca bacaan doa selepas azan.Ayat yang betul ialah "Baca doa selepas azan".Tatabahasa23.06.2013
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Saudara Wan,

Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian.  Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti  subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan  sayup-sayup.  

Tatabahasa21.06.2009
Selamat sejahtera, Biasanya kata hubung dan kata sendi nama apabila ditulis sebagai tajuk, digunakan huruf kecil bagi awal perkataannya. Namun, bagaimanakah pula dengan kata hubung komplemen [bahawa & untuk (tapi lazimnya "untuk" ditulis dengan huruf kecil)], kata hubung keterangan (sekiranya, apabila, ketika, sehingga, jika dan sebagainya) Cth: 1) Doa *apabila* Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu 2) Bacaan *ketika* dan Selepas Azan 3) Perkara *yang* Perlu Dilakukan *apabila* Bermimpi *tentang* Sesuatu *yang* Menakutkan 4) Doa *bagi* Mereka *yang* Waswas *dalam* Beriman 5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga Sekian, terima kasih.Kata hubung dan kata sendi jika ditulis dalam tajuk perlulah ditulis dengan huruf kecil. Berikut ialah jawapan untuk contoh di atas:

1) Doa apabila Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu.
2) Bacaan Ketika dan Selepas Azan (Ketika huruf K besar kerana tidak berfungsi sebagai kata hubung, kata hubung dalam ayat ini ialah dan).
3) Perkara yang Perlu Dilakukan apabila Bermimpi tentang Sesuatu yang Menakutkan.
4) Doa bagi Mereka yang Waswas dalam Beriman.
5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga.
Tatabahasa21.06.2021
Kata 'gema' dan' kumandang' beri penjelasan penggunaan ikut tempat/situasi. Bolehkah ayat ini untuk kumandang; 'suara berkumandang di dalam gua'Perkataan gema dan kumandang sama maknanya, iaitu bunyi atau suara yang berbalik; berdasarkan makna tersebut perkataan kumandang dan gema boleh saling digunakan dalam ayat tetapi lazimnya kita bercakap: suara itu bergema di dalam gua, dan azan berkemundang di udara.Tatabahasa06.07.2010
apakah perbezaan antara hujung dan penjuru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, Hujung ialah 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; Pejuru pula ialah pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) pen­juru yg luasnya 90º. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat.

Lain-lain11.10.2010

Kembali ke atas