Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.zan] | اذان

Definisi : panggilan utk bersembahyang, bang: ~ subuh bergema masuk ke seluruh kampung; mengazankan melaungkan azan (menyeru orang Islam mendirikan solat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.zan] | اذان

Definisi : kalimat-kalimat tertentu yg dilaungkan utk memanggil orang bersembahyang; bang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
station loglog stesenKomunikasiKorporatDaftar senarai bahan siaran yang ke udara untuk keperluan siaran dalam sehari. Daftar ini boleh berbentuk cetakan dan salinan cetakan atau berkomputer. Senarai log ini mengandungi nama rancangan yang akan ke udara, iklan, pengumuman khidmat awam, promo, penyiaran azan, dan pengumuman lain seperti yang tercatat dalam jadual rancangan untuk hari berkenaan. Bahan ini disusun secara kronologi mengikut waktu siaran yang telah ditetapkan lebih awal. Fungsi log ini adalah untuk menjadi rujukan kepada petugas siaran pada hari berkenaan. Daftar ini juga berfungsi untuk memantau atau mengenal pasti sama ada sesuatu rancangan yang disusun akan disiarkan pada hari berkenaan atau tidak. Pihak yang menggunakan log ini biasanya ialah petugas di bilik kawalan utama, penerbit konti, serta petugas tenaga teknikal lain pada hari berkenaan. Log ini juga penting kepada sesebuah stesen penyiaran radio atau televisyen yang mempunyai kerjasama penyiaran rancangan dengan saluran lain, sama ada saluran tempatan atau luar negara. Sesebuah stesen penyiaran akan menyiarkan rancangan kerjasama secara bergilir-gilir dengan menggunakan saluran stesen masing-masing. Oleh itu, setiap petugas di stesen berkenaan perlu jelas dengan pertukaran masa siaran di saluran masing-masing dengan merujuk kepada daftar log siaran tersebut.
imaginationpencitraanKesusasteraanPuisiBerkait rapat dengan proses pembayangan dan pencerminan sesuatu objek atau unsur alam semulajadi. Semakin tinggi daya bayang seseorang penyair semakin realistiklah sesuatu unsur yang dicitrakannya, walaupun belum pemah dilihat dalam alam realitinya. Puisi ini menggambarkan tentang situasi, tempat, peristiwa, objek dan sebagainya. Contohnya, puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonirn imaginasi. Azan pagi dan hatiku sepi jauh dari tangis Liza tawa Ani fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota.

Kembali ke atas