Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azhar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNIVERSITI AL-AZHARUniversiti Islam yang tertua dan terkenal di dunia.AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat
AZHAR MOHD. SIMIN

AZHAR MOHD. SIMIN (1939 -      ), ahli bahasa. Azhar lahir pada 20 Jun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Stoney dan Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Insitution, sebelum memasuki Maktab Tentera di Port Dickson. Pada tahun 1959, Azhar melanjutkan pelajaran di Kirkby College, Liverpool, England untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL). Setelah tamat pengajiannya di Kirkby College, dia menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St. Gabriel, Kuala Lumpur selama lima tahun.

BAHASAKonsep
SERUAN AZHAR

SERUAN AZHAR,  majalah bulanan.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Oktober 1925 di Mesir oleh pelajar Melayu –Indonesia yang belajar di Mesir, khususnya di Universiti al-Azhar.  Nama Seruan Azhar diambil daripada nama universiti itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SHARQAWIY, ‘ABDULLAH AL-

Sharqawiy, ‘Abdullah al- (1150–1227 H./1737–

1812 M.), ahli fiqh dan usul mazhab Syafi‘i daripada

kalangan ulama al-Azhar. Nama penuhnya ialah

‘Abdullah ibn Hijaziy ibn Ibrahim yang lebih

terkenal dengan nama al-Sharqawiy. Dia berasal

dari kampung al-Tawilah di bahagian timur Mesir.

Semasa kecil dia menghafaz al-Qur’an dan

seterusnya memasuki Universiti al-Azhar dan

mencapai kejayaan dalam bidang pengajiannya.

Dia menuntut ilmu daripada al-Ajhuriy, al-

Damanhuriy dan ‘Ali ibn al-‘Arabiy. Tahap

kecemerlangan ilmunya amat tinggi sehingga dia

diberi peluang mengajar di Universiti al-Azhar dan

seterusnya dilantik sebagai Sheikh

al-Azhar pada tahun 1208 H.

UMUM 
MAKHLUF, HUSNAYN MUHAMMAD

Makhluf, Husnayn Muhammad (1307 H.–

1410 H./1890 M.–1990 M.) ialah kadi dan juga mufti

Republik Arab Mesir. Dia lahir di Kaherah dan

belajar di Universiti al-Azhar ketika berusia 11

tahun di samping menghafaz al-Qur’an. Dia

memperoleh sijil tinggi daripada Madrasah al-

Qada’ al-Shar‘iy (Institut Perundangan Syara‘) pada

tahun 1914.

UMUM 
A'ZAMI, MUSTAFA AL-

A’zami, Mustafa al- (1351 H.– /1933 M.– ),

ahli fikir dan profesor di sebuah universiti di Arab

Saudi. Nama penuhnya ialah Muhammad Mustafa

al-A‘zami. Dia lahir di bandar Manu, pesisiran

Azham Kadah, di utara India. Dia mula belajar di

sekolah Arab Islam dan kemudiannya di Kolej Darul

Ulum, Douband dan tamat pengajian pada tahun

1952. Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke

Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah

Sarjana Muda Kepujian dan Diploma Pendidikan

daripada Fakulti Bahasa Arab.

UMUM 
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 
SHUKRI ZAIN

SHUKRI ZAIN (1936-     ), penulis Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 30 Ogos 1936 di Kampung Lurong Sikuna, Brunei Darussalam.  Nama sebenarnya ialah Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin. Dia pernah menggunakan nama pena Mohd. Zain Brunei dan mara Siswa.  Shukri Zain menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan, Brunei.  Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Junied, Singapura (1950-1955) dan Kolej Islam kelang, Malaysia (1956-1959). Dia meneruskan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda jurusan Undang-Undang Islam (1963).

SASTERATokoh
YUSOFF ZAKI YAACOBYUSOFF ZAKI YAACOB (1928-    ), penulis.   Dia lahir pada 13 Jun 1928 di Kota Bharu, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Yusoff bin Yaacob.  Ayahnya terkenal sebagai tuk guru, sementara ibunya adalah keturunan keluarga peniaga.  Yusoff mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri.  Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Majlis Agama Islam, Kelantan. Setelah tamat persekolahan, dia melanjutkan pelajarannya di Madrasah Muhammadiah Jamek Ismaili, iaitu salah sebuah sekolah agama swasta pertama yang mempunyai susunan kurikulum secara formal. Di samping itu, dia berpeluang berguru dengan tokoh ulama seperti Tuk Khurasan, Haji Ali Pulau Pisang dan Haji Ahmad Mahir sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar, Mesir.SASTERATokoh
12

Kembali ke atas