Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.zi.mat]/[Öa.zi.mat] | عزيمة

Definisi : bahan yg terdiri drpd tulisan yg ditulis pd kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yg dipakai pd bahagian ter­tentu tubuh (spt di pinggang) yg dianggap mem­punyai sakti dan boleh mengelakkan penya­kit, bencana, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.zi.mat]/[Öa.zi.mat] | عزيمة

Definisi : sesuatu yg dianggap mempunyai sakti dan dpt melindungi pemakainya drpd bahaya; tangkal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azimat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AZIMAT

Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap

mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher.

Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh

melindungi mereka daripada syaitan, penyakit,

dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada

sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah

daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg

kain kecil yang berisi objek yang dianggap

berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk

atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah

azimat mempunyai bentuk yang simbolik,

misalnya anak bulan.

Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran.

UMUM 
PELARIS

PELARIS, sejenis azimat yang dipercayai boleh membantu menambah rezeki dalam perniagaan ataupun untuk orang perempuan bertemu jodoh.

BUDAYAKepercayaan
ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas.

BUDAYAKonsep
TANGKAL

TANGKAL, sesuatu yang digunakan untuk menjauhi bala atau sesuatu yang buruk.  Di sesetengah tempat, tangkal disebut sebagai azimat.  Sebelum datangnya era sains dan teknologi, masyarakat Melayu pada umumnya masih dipengaruhi dengan kepercayaan bukan saintifik.  Oleh sebab masyarakat Melayu pada zaman dahulu lagi tidak memahami sepenuhnya tentang hukum-hukum alam di sekitarnya, maka perkara yang tidak difahami dikatakan berpunca daripada kuasa ghaib.  Kuasa ghaib atau halus yang bersifat negatif dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu berkeadaan tidak stabil, tidak mempunyai kuasa atau lemah semangat.

BUDAYAKepercayaan
SUSUKKapsyen          ;           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas