Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ziz] | عزيز

Definisi : Ar (yg) terhormat, (yg) termulia, (yg) sangat berharga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aziz


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aziz Yusof : Isu ejaan betul dan ejaan salah. Byk betul ejaan yg salah. Ini ejaan yg baru buat atau mmg sejak azali mcm ni? Konfius nanti.Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Apabila buku Sistem Ejaan Rumi Baru diterbitkan pada tahun 1972, tidak ada lagi perubahan dalam sistem ejaan kita.Ejaan27.02.2015
Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam.Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain.Tatabahasa30.01.2013
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Lain-lain29.04.2009
Sayha Aziz Oct 16th, 4:03pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada pegawai yang berkenaan, Saya Fasihah Ab Aziz ingin bertanyakan mengenai buku BUYUNG ADIL – SEJARAH PAHANG- DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA -1972 . Saya ingin mendapatkan satu salinan. Bagaimana saya ingin mendapatkannya? FASIHAH AB AZIZ sayha09@gmail.comWa`alakumussalam. Terima kasih tuan/puan Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain16.10.2015
Fiza Aziz MON 6:47PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya 'Peperiksaan sedang berjalan' betul ke ayat ini?Berjalan juga membawa maksud berlangsung, frasa "peperiksaan sedang berjalan" betul, sama maksudnya dengan "peperiksaan sedang berlangsung".Tatabahasa05.09.2016
Fiza Aziz SAT 12:25PM Assalamualaikum. Sya nk bertanya... penggunaan ayt yg betul. Adakah sempena hari kemerdekaan ke atau sempena hari kebangsaan? Sbb katanya klu *hari kemerdekaan, hanya pada 31ogos1957Hari Kebangsaan ialah hari penting yang dirayakan oleh seluruh rakyat, manakala Hari Kemerdekaan ialah hari yang dirayakan oleh seluruh rakyat khusus untuk memperingati kemerdekaan negara. Ini bermakna Hari Kemerdekaan juga ialah Hari Kebangsaan tetapi Hari Kebangsaan tidak semestinya Hari Kemerdekaan.Kedua-duanya betul tetapi lazimnya disebut Hari Kebangsaan (terjemahan kepada National Day dalam bahasa Melayu).Lain-lain13.08.2016
Abdul Aziz Bin Ali May 13th, 11:21pm assalamualaikum... tumpang tanya jawatan kosong bhgian penterjemahan ada x terutama drp bhs arab kpd bhs melayuWalaikumusalam, tuan. Tiada jawatan penterjemah di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan boleh bertanya perkara ini ke Institut Terjemahan Buku Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Lain-lain13.05.2015
saya Aziz SADIN sadang belajar bahasa melayu dasar, Di Uniyersiti Fatoni Salatan Thailand. igin bertanya DBP tentang tatabahasa.apakah pengertian kata sendi ? terima kasih.Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Contohnya, kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-286.Tatabahasa08.12.2013
Aliya Ab Aziz AHA 4.17 PAGI Salam sejahtera, saya ada soalan.. perkataan tadabbur (mentadabburi al-quran) memang tak ada ke dalam kamus bahasa melayu? Saya cuba cari dalam web dbp tak jumpa.. Saya rasa ianya satu perkataan yang wajar dimasukkan dalam kamus bahasa melayu..Untuk makluman saudari, tiada maklumat dan contoh penggunaan kata tadabbur dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, melalui carian internet, perkataan TADABBUR membawa maksud Tadabbur adalah perenungan yang menyeluruh untuk mengetahui maksud dan makna dari suatu ungkapan di dalam al-Quran secara mendalam. Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudari akan dikemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP.Lain-lain11.06.2017
Ainor Abd Aziz Aug 4th, 3:47pm Boleh tak sy nak tau tema bbk utk thn 2015?Terima kasih Tema Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 ialah 1Bahasa 1Bangsa 1NegaraLain-lain04.08.2015
1234567

Kembali ke atas