Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ziz] | عزيز

Definisi : Ar (yg) terhormat, (yg) termulia, (yg) sangat berharga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aziz


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASAFIY, ‘ABD AL-AZIZ AL-

Nasafiy, ‘Abd al-Aziz al- (?–563 H/?–1167 M),

ahli Fiqh dan Usul Fiqh Mazhab Hanafi. Nama

sebenarnya ialah ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘ Uthman ibn

Ibrahim al-Nasafiy. Dia belajar ilmu Fiqh di Bukhara

daripada Abu al-Mufakhar ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Umar

dan juga daripada ulama-ulama lain. Dia

meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan Abu

Sa‘id al-Tuyuriy serta Raziq ibn Mu‘awiyah. Al-

Nasafiy berhijrah ke Baghdad seterusnya menuju

ke Khurasan dan Transoxiana. Dia dilantik sebagai

kadi di Bukhara sepanjang hayatnya dan meninggal

dunia ketika masih memegang jawatan tersebut.

Dia menjadi pakar rujuk dalam memberi fatwa dan

juga dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang

berlaku. Al-Nasafiy mempunyai beberapa hasil

penulisan, antaranya ialah: al-Munqidh min aldahlal

fi Masa’il al-Jadal; al-Fusul fi al-Fatawa dan

Kifayat al-Fuhul fi ‘Ilm al-Usul.

UMUM 
ABDUL AZIZ ABBASABDUL AZIZ ABBAS (1941-  ), penulis, Dia lahir pada 1 April 1941 di Kampung Tanjung Bayan, Teluk Intan, Perak. Aziz pernah menggunakan nama samaran Adly Azamin. SASTERAKonsep
ABDUL AZIZ AL-HASNIABDUL AZIZ AL-HASNI, (1919-1982), penulis dan penerbit. Dia lahir pada 29 Ogos 1919 di Kampung Beranang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Hassan.SASTERAKonsep
SA'UD IBN 'ABD AL-'AZIZ 'ALI 'SA'UD

Sa’ud ibn ‘Abd al-‘Aziz ‘Ali ‘Sa’ud (1319–1388

H./1902–1969), raja kerajaan Arab Saudi. Nama

penuh baginda ialah Sa’ud ibn ‘Abd ‘Aziz ibn ‘Abd al-

Rahman ibn Faysal ibn Tarkiy ibn ‘Abdullah ibn

Muhammad ibn Sa’ud ibn Muhammad ibn Muqrin

ibn Markhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi’ah ibn

Mani’ ibn Rabi’ah al-Muridiy. Keturunannya berakhir

hingga kepada Bakar ibn Wa’il dari Bani Asad ibn

Rabi’ah.

UMUM 
AZIZ JAHPIN

AZIZ JAHPIN (1928 -      ), wartawan, penulis dan pengarah filem. Dia lahir pada 29 Jun 19287 di Geylang Serai, Singapura. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Aziz bin Alias. Aziz Jahpin mendapat pendidikan sampai ke peringkat Sijil Persekolahan (1947).

SASTERATokoh
J.M. AZIZ

J.M. AZIZ (1934-     ), penyair. Dia lahir pada 7 Mei 1934 di Kampung Tanjung Luang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Selain nama J.M. Aziz, dia juga menggunakan nama samaran Jiwa Merana, Ibnu Abdul Rahman, Mesra, Indera dan Azizah Rahman.

SASTERATokoh
UNGKU ABDUL AZIZTokoh ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
AZAH AZIZ

AZAH AZIZ (1928 -     ), wartawan, penulis dan budayawan. Dia lahir pada 21 Ogos 1928 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Sharifah Azah binti Syed Mohamed Alsagoff. Dia telah berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Profesor Diraja) dan terus menggunakan nama Azah Aziz hingga sekarang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Convent, Johor Bahru, Johor.

BUDAYAKonsep
AZIZ AFKAR

AZIZ AFKAR (1942 -     ), penulis. Dia lahir pada 12 Disember 1942 di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Ismail tetapi lebih dikenal dengan nama Aziz Afkar. Dia mendapat pendidkan awal di kampung kelahirannya dan mula bergiat dalam bidang penulisan ketika masih di bangku sekolah lagi.

SASTERATokoh
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1926–

2001) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang

ke-11 (1999–2001) dan Sultan Selangor yang kelapan

(1960–2001). Baginda dilantik sebagai Sultan

Selangor menggantikan ayahandanya, Sultan

Hisamuddin Alam Shah Alhaj yang mangkat pada

tahun 1960.

UMUM 
12345

Kembali ke atas