Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Yang Maha Agung (Allah); Tuhan ~ Allah Yang Maha Agung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Yang Maha Agung (Allah): Allah ~ Allah Yang Maha Agung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azzawajalla


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Antara (i) Allah Azza waJal, dan (ii) Allah Azza waJalla; (1) Istilah yang manakah digunakan dalam bahasa Melayu, (2) apakah ejaan Rumi yang setepatnya, dan (3) apakah terjemahan bahasa Melayu yang setara? Terima kasih.Waalaikumussalam.

Ejaan yang betul merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah Allah Azzawajalla. Terjemahan bahasa Melayunya ialah Allah Yang Maha Agung.

Ejaan10.04.2014
Ammar Zulkiflli Salam sejahtera, saya Ammar Zulkiflli pelajar tahun 3, Universiti Teknologi Petronas. Disini saya ingin membincangkan isu yang hangat, iaitu berkenaan pengunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu. Hasil dari penyelidikan saya, saya dapati bahawa, ada pencampuran bahasa dalam bible versi bahasa melayu. Pengunaan Allah adalah bahasa melayu sendiri adalah salah, kerana 'allah' adalah perkataan arab yang bermaksud Tuhan. Sekiranya mereka berjaya menerbitkan Bible dalam versi bahasa melayu atas alasan bahasa kebangsaan, pihak DBP hendaklah melarang mana-mana buku terbitan yang mempunyai pelanggaran dalam segi tatabahasa dan memastikan pengunaan allah diganti dengan perkataan Tuhan. Ini adalah tidak menghormati bahasa melayu itu sendiri . Saya harap pihak tuan dapat menjalankan tugas demi bahasa kebangsaan, bahasa melayu. Bahasa Jiwa Bangsa!Salam Encik Ammar Zulkifli, Perkara ini masih dibincangkan di peringkat kerajaan. Pihak kami hanya dapat memberikan maklum balas berdasarkan data dalam Kamus Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam Kamus Dewan, perkataan Allah ditakrifkan sebagai perkataan bahasa Arab yang bermaksud Tuhan Yang Esa. Tuhan Yang Esa ialah konsep ketuhanan dalam agama Islam, dan contoh yang diberikan berdasarkan konteks penggunaannya dalam agama Islam (bahasa Arab), Allah Azzawajalla yang bermaksud Allah Yang Maha Agung dan Allah Subhanahuwataala yang bermaksud Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Wallahua’lam. Terima kasih diucapkan atas keprihatinan tuan. Semoga tuan juga terus bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyemarakkan rasa kasih dan megah kepada bahasa kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Salam hormat-DBP.Lain-lain06.01.2014

Kembali ke atas