Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : babi yg liar (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,

Puisi
 

Padi pulut di tepi hutan,
     Dimakan kera dengan babi;
Hati perut diganggu syaitan,
     Satu kerja pun tak menjadi.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plant pestperosak tanamanPertanianAgronomi

Serangga atau haiwan yang mengakibatkan kemusnahan kepada tanaman. Perosak tanaman terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu vertebrat dan invertebrat. Contoh perosak vertebrat ialah tikus, tupai, gajah dan babi hutan, manakala perosak invertebrat pula ialah belalang, kumbang, anai-anai, kutu daun, hama dan nematod. Kerosakan akibat perosak tanaman boleh berlaku pada semua peringkat perkembangan organ tanaman dan hasilan.

estradiolestradiolPerubatanTiadaNama kimia: estra-1,3,5 (10)-triena-3,17-diol; C18H24O2. Sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia. Fungsi utamanya ialah menyediakan rahim untuk implantasi ovum yang tersenyawa dan juga merangsangkan serta mengekalkan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Bahan ini telah diasingkan daripada ovari babi hutan dan kencing kuda yang bunting, dan sudah pun berjaya disintesiskan di dalam makmal.
merbau keramerbau keraPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Crudia. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah babi kurus dan jering tupai, dan di Sabah ialah angar-angar. Spesies utamanya termasuk Crudia curtisii, C. reticulata dan scortechinii. Gubal kayu merbau kera berwarna coklat kekuningan, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata, kerana mengandungi terlalu banyak tisu parenkima. Iranya bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 930 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu merbau kera sesuai digunakan untuk hulu alat pemotong, kerja binaan berat, bingkai tingkap, dan lantai.
ketapangketapangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Term inalia spp. daripada famili Combretaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk jaha, jelawai dan mempelam babi, di Sabah ialah talisai, dan di Sarawak ialah telinsi. Spesies utamanya termasuk Terminalia bellirica, T. calemansanai, dan T. catappa. Gubal kayu ketapang biasanya berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang mempunyai pelbagai warna coklat bergantung pada spesiesnya. Tekstur kayunya berbeza-beza mengikut spesies dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kumpulan kayu ini mempunyai ciri-ciri utama yang berbeza-beza mengikut spesies, tetapi mudah dikerjakan dan dikeringkan, tanpa mengalami kecacatan yang teruk. Kayu ketapang sesuai untuk kawasan dalaman, kayu kumai, lantai, perabot dan papan lapis.
malaberamalabera bukitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Mussaendopsis beccariana daripada famili Rubiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah mempedal babi. Gubal kayu teras kayu malabera bukit sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning jingga. Malabera bukit mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 930 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan boleh digunakan untuk kerja binaan sementara, pembinaan rumah dan lantai.
resakresakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Vatica spp dan Cotylelobium spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar keluang, jenuong dan keruing babi. Terdapat tidak kurang daripada 35 spesies kayu resak, termasuk Vatica pauciflora, V. Bancana, Cotylelobium malayanum, dan C.melanaoxylon. Gubal biasanya berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya bagi Cotylelobium spp., tetapi sukar bagi Vatica spp., teras kayunya berwarna kuning pucat, dan berubah menjadi coklat bagi Cotylelobium spp., dan menjadi coklat bagi Vatica spp. apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 1152 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras berat. Kayu Cotylelobium spp. agak mudah diproses berbanding dengan kayu Vatica spp. kayu resak sangat tahan tetapi lambat mengering dan sukar diawet. Kayu ini sesuai untuk semua kerja binaan berat, seperti jambatan, kayu cerucuk, perabot tahan lasak dan tiang elektrik.
mempisangmempisangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu dalam beberapa genus famili Anonaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah antui, jangkang, manitan, monitan dan pisang pisang; di Sabah ialah karai, dan di Sarawak ialah akau dan kepayang babi. Tidak kurang daripada lima genus menghasilkan kayu ini, dan antara spesies termasuk Cyathocalyx pruniferus, Platymita siamensis, Polyalthia glauca, dan Xylopia ferruginea. Gubal kayu mempisang sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna kuning keputihan dan kuning coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu mempisang mudah diproses dan dikemas siap tetapi lambat mengering. Kayu ini sesuai digunakan untuk kerja binaan ringan, penghasilan venir hirisanm, kotak dan anak mancis; manakala spesies yang lebih tumpul digunakan untuk lantai parket dan peralatan geometri.

Kembali ke atas