Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ca] | باچ

Definisi : ; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ca] | باچ

Definisi : ; membaca 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. membacakan membaca utk: Ibu ~ adik cerita sebelum tidur. terbaca 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. keterbacaan keadaan dpt atau boleh dibaca dan difahami: Buku itu kurang mendapat sambutan kerana tahap ~nya tinggi. bacaan 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. pembacaan perbuatan atau hal membaca. pembaca orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ berita di radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baca

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di antara ayat2 berikut, ayat mana yang betul. Mengapa ? a) Buku itu saya baca. b) Buku itu awak baca. c) Buku itu kami baca. d) Buku itu kita baca. Di antara ayat tanya berikut, yang manakah betul : Ibu menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. a) Mengapakah ibu menasihati adik ? b) Siapakah menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ? c) Siapakah yang menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ? d) Apakah nasihat ibu ?a) Buku itu saya baca. b) Buku itu awak baca. c) Buku itu kami baca. d) Buku itu kita baca. Keempat-empat ayat ini betul, bentuk pasif kata ganti diri pertama dan kedua.
 
Ibu menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Ayat tanya, apakah nasihat ibu?
Tatabahasa27.05.2016
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010
Apakah perbezaan antara "baca" dan "sebut"? Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang sama makna dengan "baca" dan 'sebut"? Terima kasihSila lihat makna perkataan ‘baca’  melalui pautan baca">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baca  dan makna ‘sebut’ melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sebut.   DBP tidak menyediakan perkhidmatan carian kata dalam bahasa Inggeris.Makna18.09.2014
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma.

Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'.

Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila:
(a)  memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak.
(b)  memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi.

(c)  memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.

Tanda koma (,) digunakan:

(a)   sebagai unsur pemisah.

(b)   sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu.

(c)   mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik.

Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham.

Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma.

Lain-lain04.03.2012
1.Surat daripada Norehan, saya belum baca. 2. Surat daripada Norehan, belum saya baca. Mana satu yang betul.1.Surat daripada Norehan, saya belum baca. 2. Surat daripada Norehan, belum saya baca. Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa05.03.2015
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Bidang keusahawanan wajar diterokai olen golongan remaja.

Golongan remaja wajar menerokai bidang keusahawanan.

Tatabahasa21.09.2021
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan satu** situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Kempen kebersihan itu tidak berjaya kerana sikap penduduk yang (a) 2. Semua barang di pasar raya Seng Soon dijual pada harga tetap. (a) 3. Jangalah mengikut (a) sebaliknya ikutlah fikiran.

Sdr. terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya kurang pasti apakah sebenarnya bentuk soalan yang ditanyakan? Harap dapat diberikan soalan sepenuhnya supaya mudah saya menangani jawapannya.

Makna28.04.2009
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c)Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang.  Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar.  Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP.Tatabahasa28.04.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca. Ayat dengan tanda baca yang manakah paling tepat? Jika salah, apakah alasannya? Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai Nabi Allah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan. Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan! P/s: Nabi yang dimaksudkan ialah Nabi Musa Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah: Wahai nabi Allah, berdoalah kepada Tuhanmu agar menurunkan hujan!Tatabahasa20.02.2020
Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan tanda baca. Bilakah tanda baca pembuka dan penutup kata paling tepat digunakan (" ")? Sekiranya kita merujuk tajuk dalam syarahan, adakah perlu menggunakan satu pembuka kata sahaja (') kerana cara ini yang sering digunakan dalam kertas peperiksaan. Sekiranya merujuk tajuk buku atau cerpen, kita perlu menggunakan (" ") bukan? Terima kasih.Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.

Bagi merujuk tajuk dalam syarahan penggunaan tanda petik (" ") adalah tepat berbanding tanda petik tunggal (' '). Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi "orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim.

Untuk merujuk tajuk buku atau cerpen, boleh menggunakan tanda petik (" ")  atau menggunakan huruf condong bagi menunjukkan ada sesuatu berlainan dalam frasa.
Tatabahasa03.08.2012
12345678910...

Kembali ke atas