Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata backup


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam istilah ICT , ' System Administrator' disebut sebagai Pentadbir sistem . Apakah istilah yang paling tepat bagi 'Backup System Administrator' ? Fungsi 'Backup System Administrator' adalah sebagai pengganti kepada Pentadbir sistem sekiranya terjadi sesuatu keatas Pentadbir sistem. Terima KasihTerjemahan 'Backup System Administrator' ialah Pentadbir Sistem Sokongan.Istilah03.07.2012
Salam Tuan/Puan, mohon nasihat berkenaan penggunaan perkataan "dalam/pada" yang betul bagi ayat yang diterjemah ini. "Create a new file or create a backup in your old phone." - Adakah jawapan (1) Cipta fail baharu atau sandaran dalam telefon lama anda. ATAU (2) (1) Cipta fail baharu atau sandaran pada telefon lama anda. Terima kasih

Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat Create a new file or create a backup in your old phone ialah  

“Cipta fail baharu atau fail sokongan pada telefon lama anda”.


Makna17.02.2023
Tuan / Puan (PRPM), saya ingin bertanya mengenai perkataan Penyelenggaraan dan Penyenggaraan. Saya telah merujuk di laman web PRPM, tapi masih keliru. Adakah tepat menggunakan "penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" atau "penyenggaraan"? Ia merujuk kepada aktiviti selenggara / senggara terhadap sistem yang merangkumi aktiviti backup, semakan database,arkib, preventive maintenance dan sebagainya. Mohon penjelasan pihak tuan. Terima kasih saya ucapkan.Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul. Kedua-duanya daripada kata dasar senggara dan selenggara menerima sisipan "el" di tengahnya. Oleh itu, "Penyenggaraan/Penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" adalah betul.Tatabahasa13.10.2016
"A tape library is a storage system that contains multiple tape drives, some bays or slots to hold tapes, a scanner of some kind such as a barcode reader or an RF scanner, and a robotic system that automates the loading and changing of tapes. It is essentially a collection of tapes and tape drives that store information, usually for backup." Adakah terdapat padanan perkataan bagi "tape library"?Belum ada padanan bahasa Melayu bagi tape library dalam sistem PRPM kami. Namun, kami mencadangkan pustaka pita sebagai padanan bahasa Melayu untuk tape library.Istilah08.04.2019

Kembali ke atas