Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.da/] | بادق

Definisi : sj binatang mamalia dlm famili Rhinocerotidae, yg berkulit tebal dan bersumbu; ~ air sj binatang mamalia yg besar dlm famili Hippopotamidae, Hippopotamus amphibius; ~ air kerdil, Choeropsis liberiensis; ~ gajah = ~ raya = ~ sumbu sj badak, Rhinoceros sondaicus; ~ kerbau = ~ berendam = ~ sumatera badak yg bersumbu dua, Dicerorhinus sumatrensis; ~ tampung = ~ murai tenuk, cipan, Tapirus indicus; ~ makan anak prb membuang anak sendiri; anak ~ dihambat-hambat prb dgn sengaja mencari bahaya; sayang anak ~ tampung, cucu konon ~ raya prb hairan, seseorang yg bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.da/] | بادق

Definisi : ; kuih ~ = cucur ~ sj kuih gorengan yg kulitnya dibuat drpd campuran tepung gandum dan ubi keledek dan intinya drpd campuran kelapa parut dan bahan-bahan lain (spt cili, udang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.da/] | بادق

Definisi : beberapa jenis binatang liar yg berkulit tebal serta bersumbu, Rhinoceros spp.. ~ air badak yg suka berendam dlm air, Hippopotamus amphibius. ~ gajah (raya, sumbu) badak yg besar bangun tubuhnya dan bersumbu satu, Rhinoceros sondaicus. ~ kerbau badak yg tidak berapa besar dan bersumbu satu, Rhinoceros sumatrensis. ~ tampung binatang yg seakan-akan badak tetapi lebih kecil; tenuk, Tapirus malayanus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badak

Puisi
 

Remuk redam kapal di tanjung,
     Habis pecah diamuk badak;
Rindu dendam sama ditanggung,
     Hendak menangis bukan budak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
rhinocerosn badak sumbu; have a /hide, skin/ like a ~, tebal kulit muka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rhinon badak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hippopotamusn badak air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stone-deaf adj pekak badak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gruntvi berdengus, mendengus: the rhino ~ed loudly, badak sumbu itu mendengus dgn kuatnya; when he is in a bad mood he doesn’t talk, he only ~s, apabila dia dlm keadaan marah, dia tdk bercakap, dia hanya mendengus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
now6. (after expressions of time) sekarang, kini: she hasn’t been coming to work for five days ~, sekarang sudah lima hari dia tdk datang kerja; 7. (used with various speech functions) a. (to introduce further information) dan; (liter.) adapun: I was quite close to the rhinoceros. N~ I knew that rhinos have poor eyesight, saya sudah agak dekat dgn badak itu. Dan saya tahu penglihatan badak tdk berapa baik; ~ this princess was exceedingly beautiful, adapun puteri ini terlalu elok parasnya; b. (to introduce a formal statement) sekarang:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ponderousadj 1. (of person) large and heavy, boyak: a ~ guard stood outside the mansion, seorang pengawal yg boyak berdiri di luar rumah yg besar itu; 2. unwieldy, laboured in movement, berat: the hippo lowered its ~ body into the water, badak itu melabuhkan badannya yg berat ke dlm air; the ~ gait of Sumo wrestlers, gaya berjalan yg berat ahli gusti Sumo;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas