Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.da/] | بادق

Definisi : sj binatang mamalia dlm famili Rhinocerotidae, yg berkulit tebal dan bersumbu; ~ air sj binatang mamalia yg besar dlm famili Hippopotamidae, Hippopotamus amphibius; ~ air kerdil, Choeropsis liberiensis; ~ gajah = ~ raya = ~ sumbu sj badak, Rhinoceros sondaicus; ~ kerbau = ~ berendam = ~ sumatera badak yg bersumbu dua, Dicerorhinus sumatrensis; ~ tampung = ~ murai tenuk, cipan, Tapirus indicus; ~ makan anak prb membuang anak sendiri; anak ~ dihambat-hambat prb dgn sengaja mencari bahaya; sayang anak ~ tampung, cucu konon ~ raya prb hairan, seseorang yg bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.da/] | بادق

Definisi : ; kuih ~ = cucur ~ sj kuih gorengan yg kulitnya dibuat drpd campuran tepung gandum dan ubi keledek dan intinya drpd campuran kelapa parut dan bahan-bahan lain (spt cili, udang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.da/] | بادق

Definisi : beberapa jenis binatang liar yg berkulit tebal serta bersumbu, Rhinoceros spp.. ~ air badak yg suka berendam dlm air, Hippopotamus amphibius. ~ gajah (raya, sumbu) badak yg besar bangun tubuhnya dan bersumbu satu, Rhinoceros sondaicus. ~ kerbau badak yg tidak berapa besar dan bersumbu satu, Rhinoceros sumatrensis. ~ tampung binatang yg seakan-akan badak tetapi lebih kecil; tenuk, Tapirus malayanus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badak

Puisi
 

Remuk redam kapal di tanjung,
     Habis pecah diamuk badak;
Rindu dendam sama ditanggung,
     Hendak menangis bukan budak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan ayat yang betul. 1. Lukisan di dinding Gua Badak atau Lukisan pada dinding gua Badak? 2. Lukisan pada Gua Badak atau Lukisan di Gua Badak?Ayat yang betul ialah Lukisan pada dinding Gua Badak; Lukisan di Gua Badak.  "Pada" digunakan kerana menunjukkan keterangan tempat.Tatabahasa14.02.2017
Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu kata nama am dan satu kata nama khas seperti "badak sumatera" dan "mangga siam" perlu ditulis dalam bentuk "badak Sumatera" atau "badak sumatera", "mangga siam" atau "mangga Siam"?Dalam Kamus Dewan badak sumatera dieja dengan huruf kecil sama seperti dengan binatang yang lain seperti lembu dan kucing. Begitulah juga dengan ejaan mangga siam.Ejaan10.01.2013
Salam Perpaduan, 1. Apakah terjemahan yang tepat bagi program "My Beautiful Malaysia"? 2. Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam Bagaimanakah cara untuk menentukan penggunaan kata nama am atau kata nama khas bagi contoh di atas? 3) Apakah beza sempang dan sengkang? 4) Bilakah kita perlu menggunakan satu tanda petik dan dua tanda petik? Terima kasih.

1. Program My Beautiful Malaysia belum mempunyai terjemahan yang khusus dalam data PRPM. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah Malaysiaku Permai.

2. Bagi ejaan yang dinyatakan dan cara hendak menentukan ejaan kata nama am atau kata nama khas, kami akan merujuk pakar bahasa dan akan memaklumkan kepada saudara kemudian. 
 
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sempang dan  sengkang boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my .  

4. Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  ").

Tatabahasa07.02.2013
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih.1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita.

2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok.
Tatabahasa29.03.2013
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008

Kembali ke atas