Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.da/] | بادق

Definisi : sj binatang mamalia dlm famili Rhinocerotidae, yg berkulit tebal dan bersumbu; ~ air sj binatang mamalia yg besar dlm famili Hippopotamidae, Hippopotamus amphibius; ~ air kerdil, Choeropsis liberiensis; ~ gajah = ~ raya = ~ sumbu sj badak, Rhinoceros sondaicus; ~ kerbau = ~ berendam = ~ sumatera badak yg bersumbu dua, Dicerorhinus sumatrensis; ~ tampung = ~ murai tenuk, cipan, Tapirus indicus; ~ makan anak prb membuang anak sendiri; anak ~ dihambat-hambat prb dgn sengaja mencari bahaya; sayang anak ~ tampung, cucu konon ~ raya prb hairan, seseorang yg bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.da/] | بادق

Definisi : ; kuih ~ = cucur ~ sj kuih gorengan yg kulitnya dibuat drpd campuran tepung gandum dan ubi keledek dan intinya drpd campuran kelapa parut dan bahan-bahan lain (spt cili, udang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.da/] | بادق

Definisi : beberapa jenis binatang liar yg berkulit tebal serta bersumbu, Rhinoceros spp.. ~ air badak yg suka berendam dlm air, Hippopotamus amphibius. ~ gajah (raya, sumbu) badak yg besar bangun tubuhnya dan bersumbu satu, Rhinoceros sondaicus. ~ kerbau badak yg tidak berapa besar dan bersumbu satu, Rhinoceros sumatrensis. ~ tampung binatang yg seakan-akan badak tetapi lebih kecil; tenuk, Tapirus malayanus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badak

Puisi
 

Remuk redam kapal di tanjung,
     Habis pecah diamuk badak;
Rindu dendam sama ditanggung,
     Hendak menangis bukan budak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gaham badakgaham badakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Blumeodendron spp. daripada famili Euphorniaceae. Nama tempatan di Semenanjung termasuk gelugur hutan dan medang lempung, di Sabah gangulang dan di Sarawak merbulan. Spesies utamanya ialah Blumeodendron kurzii dan B. tokbrai. Gubal kayu gaham badak tidak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu gaham badak mudah dikerjakan dan diawet, tetapi lambat mengering dan mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu ini sesuai untuk digunakan dalaman, tiang pagar, papan penutup, dan kerja binaan berat.
rhinoceros beetlekumbang badakPertanianTiadaTiada
rhinoceros beetlekumbang badakPerhutananTiadaTiada
rhinoceorous beetlekumbang badak sumbuVeterinarTiadaTiada
monotocousmonotokusBiologiEkologiBerkaitan dengan haiwan yang menghasilkan hanya seekor anak pada setiap pelahiran. Misalnya, badak raya, Rhinoceros sondaicus.
dedalidedaliPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Strombosia javanica daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah bayam badak. Gubal kayu dedali lebih muda warnanya, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning pucatdan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 580 hingga 720kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu dedali mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi mudah diserang serangga perosak. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan sederhana, kemasan dalamam, papan lapis, venir, kotak pembungkus, dan peralatan sukan.
bekarbekoiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Crtpteronia spp. daripada famili Crypteroniaceae. Nama lain di Semenanjung ialah telinga badak dan di Sabah ialah rambai-rambai. Spesies utama kayu ini ialah Cryteronia griffithii dan C. Paniculata. Gubal kayunya dan teras kayu bekai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat muda dengan imbasan merah jambu atau ungu. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau agak beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan ringan hingga sederhana berat. Kayu bekoi sesuai untuk kegunaan am.
cave paintinglukisan guaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLukisan yang dilukis pada bahagian permukaan dinding gua dengan menggunakan arang atau hematit. Antara tapak lusan gua di Malaysia ialah di Gua Badak, Gua Tambun, Gua Kelawar (Perak) dan Gua Batu Luas (Pahang). Kebanyakan hasil lukisan menggambarkan bentuk manusia dengan hiasan dan bentuk binatang. Sebahagian sarjana mengaitkan lukisan ini dengan orang Asli. Di Sarawak, lukisan gua terdapat di Gua Kain Hitam, Gua Batu Puteh, Gua Lobang Ringen dan Gua Sireh. Di Gua Niah terdapat juga lukisan yang berhubungan dengan pengebumian di dalam perahu. Di Sabah, lukisan gua ditemui di Hagop Bilo.
bone toolalatan tulangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada tulang untuk kegunaan seharian oleh masyarakat prasejarah. Di Malaysia, alat tulang yang biasa ditemui terdiri daripada tulang, gigi dan tanduk binatang seperti babi, gajah, badak sumbu, lembu liar, rusa, landak, tikus, tupai, monyet dan kura-kura. Antara alat tulang yang dihasilkan ialah pahat, cincin, penyepit, anak panah, manik, kapak, penebuk lubang, pengikis, pisau dan pemegang hulu. Antara tempat ditemui bahan ini ialah di Gua Niah (Sarawak), Gunung Bewah (Ulu Terengganu), Gua Kelawar (Sungai Siput), Gua Bintong (Perlis) dan Gua Kechil (Pahang).
tuaituaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Bischofia javanica daripada famili Staphyleaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jitang. Gubal kayunya berwarna coklat kemerahan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keunguan dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus hingga agak kasar tetapi tidak sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan sederhana keras. Kayu gaham badak sukar dikerjakan dan dikeringkan, mudah dikemas siap, mempunyai kadar kecutan yang tinggi, kurang tahan, tetapi gubal kayunya lebih mudah diawet. Kayu tuai jarang digunakan kerana mempunyai ciri-ciri yang kurang baik, tetapi boleh digunakan untuk membuat kotak dan lantai sementara.

Kembali ke atas