Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bente[b«n.t«]kata namaparut atau bekas penyakit kulit di badan.Badan Ngah penoh bente kudes.[bA.dAn NAh p«.noh b«n.t« ku.des]Badan Ngah penuh dengan parut kudis.
tibok[ti.bo/]kata kerjamemukul dengan tangan ke bahagian badan sahaja (Pulau Aur, Mersing).Abu kenak tibok semalam, abes lebam badan.[A.bu k«.nA/ ti.bo/ s«.mA.lAm A.bes l«.bAm bA.dAn]Abu kena pukul di bahagian badan semalam sehingga lebam-lebam.
benget[b«.Net]kata adjektifbau peluh badan yang hangit atau busuk akibat bermain serta berjemur di tengah panas; bau ari, lengit.Benget bau badan kalau tak mandi lepas nebas.[b«.Net bAu bA.dAn kA.lAw tA/ mAn.di l«.pAs n«.bAs]Busuk berbau peluh jikalau tidak mandi selepas menebas.
lengit[l«.Nit]kata adjektifbau peluh badan yang hangit atau busuk akibat bermain serta berjemur di tengah panas; benget, bau ari.Tak tahan kawan, lengit na bau badan die.[tA/ tA.hAn kA.wAn l«.Nit nA bAu bA.dAn di.j«]Saya tidak tahan kerana bau peluh badannya yang busuk akibat berjemur.
peset[p«.set][p«.set] kata adjektifbau badan.Berape ari kau tak mandi, peset baunye.[b«.ÄA.p« A.Äi kAw tA/ mAn.di p«.setBerapa hari engkau tidak mandi, sudah berbau badan.
membadak[m«m.bA.dA/]kata kerjatidur; melenset.Kalau kuwat membadak, badan mudah gemok.[kA.lAw ku.wAt m«m.bA.dA/ b­A.dAn mu.dAh ]Kalau kuat tidur, badan mudah gemuk.
kepai[k«.pAj]kata adjektiflenguh dan sakit-sakit tulang.Badan kawan rase kepai lepas nebas kelileng[bA.dAn kA.wAn ÄA.s« k«.pAj l«.pAs n«.bAs k«.li.leN Äu.mAh]Badan saya merasa lenguh dan sakit-sakit setelah menebas di keliling rumah.
kurus kedengkeng[ku.Äus k«.d«N.keN] kecil dan kurus; kudut 1, kurus kedengkek.Badan kurus kedengkeng, nak angkat besi.[bA.dAn ku.Äus k«.d«N.keN nA/ AN.kAt b«.si]Badan kurus kering, hendak angkat besi.
kurus kedengkek[ku.Äus k«.d«N.ke/] kecil dan kurus; kudut 1, kurus kedengkengBadan kurus kedengkek, nak angkat besi.[bA.dAn ku.Äus k«.d«N.ke/ nA/ AN.kAt b«.si]Badan kurus kering, hendak angkat besi.
luti[lu.ti]kata adjektifteruk (terlalu letih).Seminggu bekeje tak henti-henti, luti badan.[s«.miN.gu b«.k«.dZ« tA/ h«n.ti.h«n.ti lu.ti bA.dAn]Seminggu bekerja tidak berhenti-henti, badan terasa teruk.
12

Kembali ke atas