Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Pantun

PantunSumberTema
Pandan ini pandan lanjiwang, Mandi-mandian orang beranak; Badan ini badan terbuang, Benci-bencian orang yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terpotong pandan ditimpa enau, Patah tangan ditimpa terap; Beruntung badan ditimpa panau, Bertuah badan ditimpa kurap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila badan terasa penat, Duduk salah berdiri salah; Apabila iman tiada kuat, Menengok harta tidak berbelah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila badan tidak sihat, Tentu tak dapat berjalan jauh; Apabila iman tidak melekat, Tentulah sifat takkan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Beratlah badan akan ke ladang, Kerana takut ditimpa kayu; Kuingat tuan pagi dan petang, Fikiran kusut tiada menentu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh betung badan beruas, Batang beratur duri berduri; Sungguh beruntung orang pemalas, Senang tidur meninggi hari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ulat bulu badan berbulu, Ular lidi melilit batang; Ada angin belayar dulu, Saya ada ikut belakang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12345678910...

Kembali ke atas