Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
daftar dalam unit pemproses utama yang berfungsi memegang alamat ingatan atau alamat liang input/output yang ingin dicapai. (KOM) adductor (aduktor) Otot yang menarik apendaj atau sesuatu bahagian ke arah badan atau ke baha- gian yang lain. Banding abductor. (BIO, UBAT) adeloceratous (adeloserat) Sesuatu yang mempunyai sesungut tersorok seperti pada kumpulan serangga Crytocerata (Heteroptera). (BIO) additional first year allowance adeloceratous Kamus adenosilnya terikat pada kobalt pusat. Bentuk ini dianggap bentuk semula jadi vitamin B 12 yang utama. (KIM) adenotrophic viviparity (vivipariti adenotrofik) Fenomena pada sesetengah serangga apabila larva disembunyikan di dalam badan ibu selepas penetasan. Larva berkembang dengan memakan rembesan rahim, bersalin kulit dua kali, dan akhirnya dikeluarkan dalam keadaan matang untuk pempupaan. Fenomena ini hanya terdapat pada lalat Tsetse (Glossina) dan

Kembali ke atas