Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consortiumkonsortiumSejarahTiada3. Kerjasama sementara di antara beberapa kuasa, badan-badan, bank, dan sebagainya, untuk mencapai matlamat yang sama, biasanya dalam perdagangan atau politik.
combination bondbon kombinasiPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang diterbitkan oleh badan-badan kerajaan yang disokong dengan kebolehpercayaan dan hasil daripada projek yang dibiaya.
franchise stampsetem francaisPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada sesuatu organisasi atau badan-badan amal sebagai tanda kebenaran menghantar surat secara percuma.
corporate entryentri korporatPerpustakaanTiadaEntri katalog sama ada entri utama atau entri tambahan yang memuatkan karya-karya yang diterbitkan oleh kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan lain, persatuan, institusi atau lain-lain yang entri tersebut disediakan di bawah nama penerbitnya.
body wavealun badanSukanTiadaAlun badan: Pergerakan badan yang berurutan dari kaki terus ke kepala atau sebaliknya. Pergerakan ini boleh dilakukan ke depan, ke belakang atau ke sisi.
figure typebentuk badanKesenianTiadaSaiz badan wanita, yang berdasarkan pada pelbagai ukuran bahagian badan dan bentuk badan. Contoh: saiz remaja, saiz antara, dan saiz wanita.
badan kekbadan kekKesenianTiadaBahagian kek yang terdiri daripada alang badan kek, belira besar, karat dan jentera.
partial eclipsegerhana separaGeografiTiadaPenerimaan cahaya yang tidak sepenuhnya oleh sebuah badan cakerawala daripada sebuah badan melalui penyekatan sebuah badan yang ketiga.
alang badan kekalang badan kekKesenianTiadaBahagian kek yang berupa kayu melintang di bahagian badan kek untuk menggantung tali gantung karat dan tali gantung jentera.
buttockpinggul;susuk badanKejuruteraanTiadaSusuk badan : Persilangan di permukaan badan kapal teracu dengan sembarang satah tegak memanjang yang bukan di garis tengah kapal.
12345678910...

Kembali ke atas