Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai;

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Serangkap bak lembing,
     serumpun bak serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(438)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam.
Kurik Kundi Merah SagaPisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaCantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai nak siang, Buaya timbul memakan bangkai; Kerana tuan dikasih orang, Hendak menumpang menghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai diukir, Pinang sendawa dari Makasar; Kalau saya setianya mungkir, Tuntut dakwa di Padang Mahsyar.
Kurik Kundi Merah SagaKalau sungguh bagai ciku, Papan di Jawa saya serahkan; Kalau sungguh cakap begitu, Badan dan nyawa saya serahkan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau sungguh bagai ciku, Papan di Jawa saya serahkan; Kalau sungguh cakap begitu, Badan dan nyawa saya serahkan.
Kurik Kundi Merah SagaHijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh.
12345678

Kembali ke atas