Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana diterjemah 'what if'? Contoh, 'What if you die?'. Adakah terjemahannya, 'Bagaimana jika awak mati?'.

Kami mencadangkan “what if” diterjemahkan  kepada “Bagaimana kalau” atau “Bagaimana jika”

Lain-lain10.10.2022
Bagaimana hendak menjawikan perkataan bahasa inggeris satu jenama 1.MIKIAREA (1perkataan) 2.MIKI AREA (2 perkataan)Kami mencadangkan ejaan Jawi seperti yang berikut:

ميکي ايريا

Ejaan Jawi ini juga dicadangkan untuk dikekalkan dua perkataan walaupun ejaan Rumi satu perkataan.
Ejaan14.04.2024
Bagaimana translate "Refreshing Grape", "Fizzy Lemonade", "Crimson Berry" and "Smoothie Cherry" kepada BM ?Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila buat carian perkataan melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) https://prpm.dbp.gov.my/ atau hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Makna23.02.2024
Bagaimana satu abad dibahagikan kepada fasa awal abad, fasa pertengahan abad, dan fasa akhir abad?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP 2021), halaman 1, maksud abad ialah jangka masa seratus tahun yang berturutan. Untuk pembahagian fasa abad, perlu ditentukan tempoh masa yang dipenggalkan atau maklumat yang tepat.
Lain-lain09.02.2024
Bagaimana menggunakan perkataan “enggan-enggan ” untuk membina ayat? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh ayat? Terima kasih.Contoh ayat yang menggunakan perkataan “enggan-enggan” ialah Pemimpin tersebut enggan-enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya tentang isu penyelewengan dana sumbangan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 579.

Makna09.02.2024
Bagaimana menggunakan perkataan “secara generalisasi” untuk membina ayat? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh ayat? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (terbitan 2021), halaman 663, generalisasi bermaksud kesimpulan umum tentang sesuatu perkara, isi dan sebagainya yang dibuat tanpa membuat kajian yang menyeluruh atau tanpa berdasarkan bukti yang lengkap. Contoh ayat yang betul ialah “Masyarakat di negara ini haruslah mengikis sikap membuat generalisasi terhadap sesuatu isu tanpa usul periksa”.Makna26.01.2024
Bagaimana untuk menulis LRG RUBBER SDN. BHD. dalam tulisan jawi di papan tanda kilang?Ejaan LRG RUBBER SDN. BHD. dalam tulisan Jawi ialah ايل. ار. جي. روبر سنديرين برحدEjaan24.01.2024
Bagaimana saya ingin membuat semakan bagi penulisan jawi? Bolehkn DBP bantu untuk saya dapatkan jawapan bagi semakan ayat di lampiran

Untuk makluman puan, pihak DBP tidak membuat transliterasi tulisan Rumi ke tulisan Jawi.

Ejaan Jawi boleh disemak melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) https://prpm.dbp.gov.my/ dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi Sebutan Jawi) Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, jika perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan, puan boleh bertanya melalui Khidmat Nasihat DBP atau untuk pertanyaan yang ringkas puan boleh menelefon nombor berikut 03-21479100/9200.
Lain-lain13.01.2024
Bagaimana saya boleh dapatkan semula istilah teknologi yang dokongsi oleh DBP sebelum ini. Cari2 tak jumpa...... Terima kasih didahulukan.....Untuk makluman tuan/puan, carian untuk istilah berkaitan Teknologi Maklumat boleh dibuat melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/.Lain-lain21.12.2023
bagaimana cara yang tepat mengunakan tulisan nombor dan angka dalam penulisan dokumen rasmi? contoh: terdapat sebanyak lima (5) projek perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) tahun. perlukah kurungan tersebut?

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat, gaya penulisan nombor dalam ayat seperti yang berikut:

1.    Nombor pada permulaan ayat

Nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. Contoh:

a)    Lima belas orang pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah menerima anugerah pelajar cemerlang.

b)    1957 ialah tahun kemerdekaan bagi negara ini.

2.    Nombor dalam ayat

a)    Nombor sifar hingga sembilan hendaklah dieja.

Contoh: Polis menemui lima bungkusan berisi wang yang telah ditinggalkan oleh perompak.

b)    Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan tetapi penulisannya hendaklah selaras. Contoh:

i.              Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan dua ratus buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

atau

ii.            Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan 200 buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, muka surat 161-162.

Ejaan07.11.2023
12345678910...

Kembali ke atas