Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPTIK

Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang

berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia

menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan,

bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana

cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan.

Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak

dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua-

duanya tidak boleh dilihat.

UMUM 
PERTIMBANGAN

Pertimbangan melibatkan pemahaman dan

pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin

berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin

berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea

ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan

sesuatu perkara yang lain.

UMUM 
ASOSIASI

Asosiasi dalam psikologi merujuk kepada satu

teori bagaimana kita mempelajari sesuatu. Tiga

hukum asosiasi teori ini cuba menjelaskan

bagaimana seseorang mengaitkan

pengalamannya. Hukum itu ialah (1) hukum

kehampiran, (2) hukum keserupaan, dan

(3) hukum pertentangan.

UMUM 
ZOOLOGI

Zoologi ialah kajian tentang haiwan. Ahli zoologi

cuba menjawab banyak pertanyaan tentang

haiwan. Misalnya, mereka membuat penyelidikan

untuk menentukan bagaimana haiwan melakukan

kegiatan dalam kehidupannya. Ahli zoologi juga

mengkaji bagaimana spesies yang berlainan

berkaitan dengan satu sama lain dan bagaimana

spesies berevolusi (berubah dalam tempoh yang

lama).

UMUM 
METASTASIS

Metastasis lihat Barah (Bagaimana barah terjadi).

UMUM 
ASTROLOGI

Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan,

planet dan bintang kononnya berkaitan dengan

kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan

kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola

yang boleh menggambarkan watak atau masa depan

seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia

percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan

keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang

yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang

lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai

asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi.

Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang

berasal lebih 2000 tahun dahulu.

UMUM 
TEORI MAKLUMAT

Teori maklumat , memerihalkan bagaimana

mesej dipancar dan diterima melalui sistem

maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau

telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik

bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua

bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal

sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan.

Jurutera-jurutera elektronik kemudian

menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan

keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem

maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini

disebut sebagai sains maklumat.

UMUM 
ARUS LAUTAN

Arus lautan lihat Lautan (Bagaimana lautan

bergerak).

UMUM 
ANALISIS SISTEM

Analisis sistem ialah kajian tentang bagaimana

bahagian-bahagian sistem bekerja berkumpulan.

Satu sistem ialah suatu kumpulan orang, mesin atau

unsur lain yang bekerja bersama-sama untuk

melakukan satu pekerjaan tertentu.

UMUM 
KRIOBIOLOGI

Kriobiologi ialah kajian tentang bagaimana

suhu yang terlampau rendah boleh menjejaskan

benda hidup.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas